Isnin, Disember 30, 2019

Hitung Hari 2020 - Happiness Jar

Beberapa tahun lepas, saya ada menulis tentang 'Happiness Jar'. Sebuah balang kegembiraan yang dibuat pada bulan Januari untuk catat semua perkara dan memori manis yang berlaku sepanjang 12 bulan berikutnya. Boleh baca entri 'Happiness Jardi sini. Balang ini kemudiannya hanya akan dibuka dan dibaca pada penghujung tahun, sehari sebelum melangkah ke tahun baharu. 

Sejak 2018 saya sudah buat 'Happiness Jar'. Kadang-kadang banyak perkara baik yang berlaku dan berlalu begitu sahaja. Yelah, masa pantas berlalu. Tanpa kita sedar, kita makin sibuk dengan rutin harian dan lupa hargai perkara-perkara itu. Jadi, sekali-sekala ada peluang kenang balik dan recap, apa salahnya kan? 

Jumpa idea brilliant ni di Pinterest.

Ini antara momen yang saya tunggu-tunggu pada penghujung 2019. Malam 31 Disember nanti, lepas makan malam akan duduk lepak santai dan buka satu demi satu 'kenangan' dalam 'Happiness Jar' 2019. 

Our Happiness Jar


 Dah penuh. Sedia untuk dibaca.


Trust me. This is someting fun to do with your family and loved ones. Akan ada macam-macam emosi, gelak tawa, terharu, sappy, grateful, sedih, lucu...(and of course there will be some tears too) but at the end of the day, it will be a thing that you will enjoy and cherish. Yang paling penting, kita akan rasa lebih bersyukur dengan apa yang telah kita hadap/lalui sepanjang tahun - bersedia untuk melangkah ke tahun baharu dengan rentak yang lebih ceria, lebih dinamik.


Belum ada 'Happiness Jar'? Apa kata untuk 2020, cuba buat satu. Lebih ramai ahli keluarga yang terlibat, lebih meriah. Kalau nak buat dalam kalangan rakan-rakan kuliah atau teman sekerja pun boleh. Spread the positive vibes of happiness all year long😃.





22 ulasan:

  1. Idea yang menarik.. Mungkin Sha akan cuba untuk 2020..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba, Sha. Jangan tak cuba. Just for fun kan...

      Padam
  2. Balasan
    1. Brilliant kan? Siapalah yang bijak cetus idea ni...

      Padam
  3. wah bagus idea ni kalo letak rm100 setiap minggu., leh dpt rm5200 kann., hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. menarik idea nih..
      bring back the memories
      And the memories bring back, memories bring back you

      Padam
    2. Idea bergeliga Wak tu sesuai buat money challenge, Wak. Hujung tahun memang jadi orang kaya!

      Betul, Kak Nohas. Part 'bring back memories' tu yang mahal dan tinggi nilai sentimentalnya :)

      Padam
  4. One of the things yg akak plan nak buat for this coming new year. Thanks for the reminder :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, selamat mencatat memori-memori indah, sis!

      Padam
  5. assalamualaikum... selamat tahun baru 2020... maaf laa baru sempat nak datang jenguk ke blog ni... insya allah sy akan kembali fokus sama seperti sebelum ini.... harap2 tak serik utk terjah blog sy nanti ya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam, Anies. Tak jadi masalah lah. Paham Anies busy. Saya pun baru sekarang dapat masuk blog. Nanti saya datang jengah Anies ye.

      Padam
  6. happy new year kak.. agak2 dalam senarai memori manis akak tu ada nama sy x ? hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Happy new year, adinda! Aceceh ceh....ayat dia! ;)

      Padam
  7. haluuuuu kakak !!!! da tengah january 2020 da ni..
    tuan rumah ade tak ni ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haluuuuu! Hihihi ni baru jumpa jalan pulang, dik. Dah nak bertukar bulan dah...

      Padam
  8. masih sempat kot kalau sy nk buat ;-)

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.