Khamis, September 24, 2020

Pasta Fusilli Cendawan Shimeji

Assalamu'alaikum.
Saya muncul balik di sini! Hahaha asyik tenggelam timbul je kan? Maaflah, dua tiga menjak ni agak sibuk. Ditambah pula dengan tahap kesihatan yang agak kurang memuaskan. Jadi, bila dah lemau sepanjang hari tu, manalah ada masa nak berblogging.

Hari ini kita cerita pasal makan. Tentang pasta. Pasta merupakan antara bahan kering yang sentiasa saya pastikan ada dalam pantri saya. Kalau waktu ada promosi atau jualan murah, memang saya akan beli lebih buat stok. Tidak kiralah fusilli ke ... macaroni ke ... atau yang jenis  panjang (spaghetti atau fettuccine). Macam-macam resepi dan hidangan yang boleh diolah menggunakan pasta. Dari hidangan utama, buat salad hinggalah ke kudapan ringan untuk dikunyah-kunyah. 

Di rumah ini, saya yang suka makan pasta ✋ (in fact saya suka makan semua benda) huhuhu.  Tetapi, yang suka masak pasta, si Bott. Mintalah nak pasta apa - nak bergoreng, berkuah soupy-soupy, nak yang creamy atau versi yang bakar ... pandailah Bott olah ikut bahan-bahan yang ada di dapur. Bab-bab pasta, saya memang tahu minta je. 

Hidangan di bawah ini Fusilli Cendawan Shimeji. Kuahnya ala-ala bolognese, isinya menggunakan cendawan shimeji yang berwarna putih dan hirisan sosej. Cendawan shimeji ada dua jenis. Putih dan coklat. Saya tak berapa pasti ada perbezaan ketara atau tidak antara kedua-duanya selain warnanya. Dari segi rasa, bagi saya dua-dua sedap! Jika beli, lazimnya saya main ambil sahaja apa yang ada. Tidak kiralah putih atau coklat.
 

Selasa, September 08, 2020

Hiasan untuk Jurnal, Planner, Kad dan Scrapbook

Siapa planner addict di sini? Atau ada antara kalian yang suka tulis dan hias jurnal? Jika ada, kita geng! Kadang-kadang tu, tak ada apa sangat pun nak ditulis dalam jurnal, tetapi saya sengaja biasakan diri untuk menulis. Coret apa sahaja sebab menulis ni sebenarnya antara aktiviti yang baik untuk otak kita.

Dah alang-alang tulis jurnal, saya suka hias sekali page saya. Dahulu rajin juga upload spread jurnal saya dan kongsi di Instagram. Sekarang malas dah ... sebab malas ambil gambar.😁

Untuk hias lembaran jurnal dan planner saya, macam-macam yang saya guna. Washi tapes, pelekat, gambar-gambar dan juga hiasan yang saya buat sendiri. Saya suka buat embellishments mengikut tema. Jadi, setiap page yang saya hendak hias akan ada tema dan layout tersendiri.

Di bawah ini ada beberapa set hiasan jurnal yang saya buat. Selain daripada digunakan untuk hias jurnal atau planner, hiasan-hiasan ini turut sesuai digunakan untuk hias scrapbook atau kad ucapan.


#1 - The Best Day Ever

Untuk yang ini, saya buat dua set. Tak sempat pakai sebab tak minat buat tema travel/explore. Makanya, dua-dua saya dah jual di Carousell.