Sabtu, Mac 15, 2014

Resepi Peria Goreng Berempah


Resepi Peria Goreng Rempah 

Hidangan peria kegemaran saya :)

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 4-5 biji peria katak (kalau nak guna peria biasa pun boleh) 
  • 1 1/2 sudu besar rempah kari (saya biasa buat guna rempah kari ikan) 
  • 2 sudu tepung jagung 
  • garam secukup rasa 
  • minyak masak untuk menggoreng

Cara Penyediaan:

1. Potong peria, buang biji dan hiris nipis-nipis. 
2. Masukkan peria ke dalam mangkuk besar, gaul rata dengan bahan-bahan di atas. 
3. Goreng dengan minyak yang panas. Terbalik-terbalikkan agar gorengan sekata. 
4. Angkat apabila warna peria dah bertukar keperangan. Sedia untuk dihidang 

Tips:

Untuk lebih sedap, selepas goreng peria, tumis sedikit daun kari dan gaulkan bersama peria tadi. 
Untuk lebih rangup, tambahkan dalam 1 sudu besar tepung beras bersama bahan-bahan di atas. 
Untuk lebih berempah, boleh tambahkan 1/2 sudu teh jintan manis dan jintan putih. 
Untuk lebih sihat, guna minyak jagung/canola/bunga matahari semasa menggoreng.

Pengorbanan Cinta - Setia Band (Easy Guitar Chords)

Lagu ini dikatakan sebagai antara lagu baru yang bakal dimuatkan ke dalam album ke-2 Setia Band. Tetapi saya kurang pasti dengan liriknya. Apapun, buat anak-anak Setiaku, ini kunci gitar 'Pengorbanan Cinta' khusus buat kalian :)


Kord Gitar From FAMF Tower

Kunci Gitar dan Lirik Pengorbanan Cinta - Setia Band



Am G C
Kisahku kini terasa berbeda
Am G C
Kisah yang hadir dengan tiba-tiba
Dm E Am G C
Rasa ku ingin segera tuk bisa memilikimu
Dm E Am G
Meski tak tepat ku mendapatkannya

Novel RM5 Senaskhah

Hari ini saya dan keluarga pergi Mid Valley. Jalan-jalan, makan-makan. Singgahlah ke AEON Big (dulu Carrefour) nak shopping barang rumah sekali. Dekat satu aisle tu, ada clearance sale untuk books. Murah-murah! Sekitar RM5 dan RM10/piece. Niat asal saya ingat nak belek-belek je. Lagipun masih ada banyak novel berformat epub dalam i-pad yang belum saya baca. Nak berbelanja secara berhemahlah kononnya. Tapi,...


Hmmm,...inilah hasil tangkapan saya hari ini! Buat tambah koleksi buku kat rumah. Kebanyakan novel ditulis oleh author kegemaran saya - Julie Cohen, Carole Matthews & Sheila O' Flanagan. Tak payah tunggu Big Bad Box Sale atau Pesta Buku Antarabangsa ;) Alhamdulillah, rezeki saya hari ini dapat beli novel-novel di atas dengan harga RM5 senaskhah! Semua buku masih baru dan dalam keadaan yang baik. Berbaloi tak? Berbaloi-baloi!