Ayam Goreng Kari |
Mari! Mari! Saya nak kongsi resepi ayam goreng kari. Juadah ni sangat senang nak disediakan. Apa yang penting, rasanya marvellous! Upin Ipin kalau tahu, diorang pun mesti suka! Hehehe. OK. Saiz hidangan untuk 4 - 6 orang makan. So, agak-agaklah portion ayamnya banyak mana ye. Selepas bersihkan ayam, perap dengan 1 sudu besar serbuk kari (ayam/daging), 1 sudu besar mayonis dan garam secukup rasa. Perap lebih kurang sejam. Then, goreng seperti biasa.
Sesudah tu, tumiskan hirisan bawang besar dan cili merah. Tuangkan ke atas ayam goreng tadi. Perahkan limau sebelum menikmati hidangan :)