Rabu, Ogos 26, 2015

DIY Mudah - Mini Puzzle daripada Batang Aiskrim

Hari ini, saya ingin tunjukkan cara nak membuat Mini Puzzle daripada batang aiskrim. Mini puzzle sesuai dijadikan bahan aktiviti untuk anak-anak sama ada sebagai bahan pembelajaran tambahan ataupun sekadar aktiviti santai (galakkan perkembangan minda) di rumah.

Apa yang diperlukan:
  • Batang Aiskrim (Saya ada anak-anak cilik yang rajin kumpul batang aiskrim untuk saya + pek yang saya beli di Mr. DIY) 
  • Acrylic Paint
  • Berus Lukisan
  • Pensel, getah pemadam
  • Cellotape

Isnin, Ogos 24, 2015

Ayam Pandan Bakar

Kebiasaannya, apabila saya beli bahan-bahan untuk masak, saya akan beli beberapa pek daging atau ayam yang sudah sedia diperap. Bukan apa, datang angin malas nak masak atau tiba-tiba lambat balik dari kelas,..saya tinggal defrost dan terus mula siapkan lauk. Tak perlu susah-susah nak prep bahan lagi.

Pek Ayam Pandan ni saya beli di Kedai Daging HS NADA. Saya suka beli daging dan ayam perap di sini. Ada banyak pilihan dan segar-segar semuanya. Ayam pandan, ayam perap sate, ayam BBQ, paru berempah, daging salai, daging berempah, ikan sumbat...macam-macam ada! Dari segi rasa, memang sedap!

Selalu saya goreng sahaja ayam pandannya. Tetapi kali ini cuba untuk bakar. Sihat sikit sebab kita tak deep fry. Letakkan ayam pandan di atas dulang pembakar. Lumurkan dua sudu besar minyak zaitun atau minyak sayuran (canola atau bunga matahari) pada bahagian ayam. Ini untuk mengelakkan ayam daripada menjadi kering semasa dibakar.

Antara Cinta Kita Berdua - Charly Setia Band (Easy Chords)

Ini bukan single terbaru Setia Band, rasanya lagu ni belum officially release. Tajuk pun saya tak berapa pasti. Ada yang kata 'Antara Cinta Kita Berdua'. Ada yang claimed 'Sudah Bukanlah Milikku'. Tetapi, dah bergegar inbox e-mail saya dengan adik-adik 'gehtar' yang minta chords lagu ni. Saya dengar terus jatuh cinta. Rasanya lagi best daripada Pengorbanan Cinta.

Nah, anak-anak Setiaku! Ini chords mudah 'Antara Cinta Kita Berdua' nyanyian Charly untuk kalian. Kord asalnya A, tetapi sudah ditukar ke C. Enjoyyy!


Kunci Gitar dan Lirik Padahal Aku Setia (Antara Cinta Kita Berdua) - Setia Band


(Intro)
C Em Am F G C