Isnin, September 21, 2015

Creamy Sweet Potatoes

Hidangan ini sepatutnya hidangan salad. Hajat hati nak buat salad keledek. Kebetulan ada lebihan keledek jepun bakar dan sedikit romaine lettuce. Tengah prep bahan-bahan lain, saya pergi buat panggilan jap. Lepas tu terus hilang fokus. Pergi kemas fail, angkat kain, main kejar-kejar dengan Yuri, sakat Cekebon,...dah buat macam-macam baru teringat yang saya nak buat salad sebenarnya.

Masuk dapur balik, I lost my greens! Dengan muka tak bersalah, si Bott tengah mengunyah daun salad terakhir. Bott ni memang dah macam kambing dah. Pantang nampak sayur! Daun salad ke,..ulam ke,..semua dia bedal dengan penuh selera.

Makanya,..tukar plan! Jadilah Creamy Sweet Potatoes.

Ahad, September 20, 2015

Jom Cuba Nasib bersama Huda nhhas

Assalamu'alaikum.

Baca betul-betul. Ini bukan entri Jom Cuba Nasib seperti biasa. This is an effort to spread awareness. Kesedaran tentang apa? OBAT,...err maksud saya UBAT. Lebih jelas lagi - Cara Penyimpanan Ubat. Adakah selama ini kita mempraktikkan amalan penyimpanan ubat yang betul?

Haa,...sambil-sambil duduk rehat santai hujung minggu ni, apa kata kita cuba nasib jawab soalan cepu emas di blog Huda.

Apa yang perlu dilakukan?
Mudah sahaja.