Khamis, Januari 28, 2016

Projek Ngaku Terbantut!

Siapa yang suka makan kerepek ngaku? Nama commercial Arrowhead Root Chips! Sedappppp! Menjelang raya Cina ni, saya mulalah mengidam-ngidam, terbayang-bayang keenakan dan kerangupan kerepek ngaku. Maklumlah, akar ngaku ni setahun sekali je boleh jumpa. This time around-lah musimnya.

Jadi, belakangan ini, memang setiap kali saya pergi shopping barang dapur, mata akan melilau cari ngaku. Dah dua tiga kali hampa. Last week, pergi TESCO, awal-awal Bott dah ingatkan pergi cari ngaku. Hehehe sebab selagi tak jumpa ngaku, selagi itulah mulut saya bertonyeh,..nak ngaku,..teringinnya nak makan ngaku...ada rezeki ke kita buat kerepek ngaku tahun ni? (Konon-kononnya, kalau beli siap tak feel. Makan tak puas hehehe)

Jumpa ngakunya. Tapi,...

Selasa, Januari 26, 2016

Mereka,.. Tetamu Hebat 2015!

Entri penghargaan buat ratu-ratu komen saya. Bagi yang dah baca entri Jom Cuba Nasib baru-baru ini,..dan dah 'bersilat jari' berbahasa isyarat,..tentu kalian dah tahu siapa pemilik nama yang berkenaan kan? Alright, without further ado, these are my awesome-fabulous-super friendly guests for 2015!

Tetamu Hebat FAMF Tower 2015 

Tetamu Hebat #1 - SIS JM a.k.a JARI MANIS
2028 komen

Resepi Aiskrim Goreng Mudah

Panas-panas ni, tekak 'damba kasih' nak makan something sweet and yummy tak? Saya, time cuaca panas terik, mulalah datang habit buruk menyelongkar peti ais. Tengok apa yang boleh dimamam atau diteguk. Hasil geledah saya yang buat tiba-tiba ada 'mentol menyala di kepala' - roti keping lama dan satu tub aiskrim jagung. Jom buat aiskrim goreng! Sangat mudah dan pasti laku laris!

Inilah rupa paras aiskrim goreng saya. Dah syok makan sampai separuh baru teringat nak snap gambar. Sebenarnya boleh lamakan lagi masa menggoreng. Bagi warna roti tu lebih perang dan cantik. Tetapi, tak mahulah aiskrim di dalamnya cair meleleh kan,..Lagipun, ikutkan iklan untuk aiskrim goreng Nestle tu, 9 saat saja! OK, mari kita tengok resepinya.

Aiskrim Goreng Jagung