Isnin, Mac 07, 2016

Resepi Kubis Bunga Paprika

Satu lagi resepi sihat. Kubis Bunga Paprika. Kita bakar dalam oven. Sebelum ini saya pernah kongsi beberapa resepi menggunakan kubis bunga yang nyummmm nyummm! Kita ada Mashed Cauliflower (This is a must try!), Roasted Cauliflower dan Stew Kubis Bunga dan Kentang.


Untuk hidangan di bawah, saya gunakan resepi yang sama -  Roasted Cauliflower cuma I omitted the pepper dan tambah serbuk paprika. Serbuk paprika ye,..bukan serbuk cili atau cili flakes. Mmmm came to think of it, boleh juga kalau nak cuba pakai dua bahan tu...tetapi jangan letak banyak sangat. 

Serbuk paprika ni dibuat daripada cili benggala (bell pepper). Jadi tak pedas sangat. Spicy manja-manja gitu! Setelah kubis bunga dipotong mengikut saiz yang dikehendaki, gaulkan dengan 1 - 2 sudu besar minyak zaitun, beberapa ulas bawang putih yang diketuk, sedikit serbuk paprika dan garam secukup rasa. Jika Roasted Cauliflower yang saya buat sebelum ini saya tambahkan dengan butiran jagung manis, kali ini saya hanya letakkan dua biji kentang yang dipotong wedges. Gaul rata-rata untuk pastikan semuanya dilitupi minyak seadanya. Jangan letak minyak banyak sangat! Nanti kita sendiri tak lalu nak makan! Tujuan letak minyak ni supaya kubis bunga dan kentang tidak akan jadi terlalu kering setelah dibakar. Barulah enak untuk dinikmati!

Sabtu, Mac 05, 2016

Resepi Mudah Guna Puff Pastry




Ohhh, ada yang cari resepi mudah guna puff pastry ye? Jangan risau,...jangan pening. Nah, saya belanja beberapa resepi simple-mudah-easy-peasy puff pastry yang dap dap dap! Apa yang penting, puff pastry-nya kena ada. Then, you're just a few steps away from making scrumptious treat. Puff pastry boleh beli di kedai menjual bahan dan peralatan kek atau cari di pasar raya. Kebiasaannya, saya guna jenama Kawan :) Terliur tak? Hmmm, kalau berminat nak buat, klik sahaja pada gambar yang berkenaan.

Acrylic Stamping Block

Antara peralatan kraf asas yang perlu ada ialah acrylic stamping block. Acrylic stamping block didatangkan dalam pelbagai saiz. Kepunyaan saya ini, agak besar. Berukuran 102mm X 102mm X 8mm