Selasa, April 26, 2016

Jom Cuba Nasib - DIY Apa?

Assalamu'alaikum,
Selamat menempuh minggu baru. Minggu ini bakal jadi antara minggu yang paling sibuk buat saya. Jadi, nak duduk menghadap blog, balas komen atau jalan-jalan blogwalking memang tak dapatlah. Oleh itu, sementara saya 'hilang sekejap' untuk melunaskan kerja-kerja, saya tinggalkan kalian dengan satu lagi entri Jom Cuba Nasib.

Apa yang perlu dilakukan? Perhatikan barang-barang di bawah.


Kemudian, cuba teka DIY apa yang bakal saya hasilkan dengan barang-barang tersebut. Haaa,..gali...gali,.. jangan tak gali! Fikir betul-betul ye. Kita ada beberapa biji pinggan, gelas, flash light dan bunga-bunga kecil.

Dah dapat jawapannya? 

Tinggalkan jawapan kalian di ruangan komen di bawah. Siapa yang paling pantas meneka dengan tepat akan menerima hadiah misteri yang istimewa. Tempoh masa untuk menjawab bermula sekarang sehinggalah 10 malam, 1 Mei 2016 (Ahad)

Selamat Mencuba!


Sabtu, April 23, 2016

Tutorial Kraf Kertas - Klip Kertas Berhias

Tahun lepas saya ada tulis entri tutorial mengenai klip kertas berhias ini tetapi hanya menggunakan lebihan kertas skrap dan hiasan kraf. Boleh baca mengenainya di sini. This time around, saya ingin tunjukkan satu lagi cara membuat klip kertas berhias. Sesuai sangatlah bagi yang mencari idea untuk DIY Hari Guru :) Bahan-bahan mudah dicari dan murah kosnya. Cuma satu tool tambahan yang perlu ada - hot glue gun.

Bahan-bahan yang diperlukan.

Jumaat, April 22, 2016

Hari Ibu Vs Hari Guru

Assalamu'alaikum. Lambat sedikit bersiaran hari ini. Ada apa dengan Hari Ibu dan Hari Guru? May is just around the corner. Kita bakal raikan dua sambutan besar ini. Salah seorang pembaca blog saya, Puan Tini telah e-mel saya bertanyakan cadangan hadiah DIY yang sesuai untuk diberikan kepada guru-guru anaknya. Maklum sajalah, yang mengajar anak-anak kita bukan hanya seorang guru. Lain mata pelajaran lain gurunya. Ada guru sekolah biasa ... guru sekolah agama pun perlu diambil kira. Itu belum diambil kira guru mengaji dan guru tuisyen lagi.

Saya faham kebanyakan ibu bapa mahu menanamkan budaya menghargai guru dan memberi hadiah sebagai tanda penghargaan. Tetapi, kita tidak boleh nafikan yang peruntukan wang ke arah itu mungkin menjadi kekangan. Lagi-lagi dengan kos sara hidup sekarang yang semakin hari semakin tinggi.

Kita masih boleh lakukan sesuatu. Resort to DIY gifts. Buat sesuatu yang kecil, mudah dengan kos yang minima atau sederhana (bergantung pada bajet anda) tetapi bermakna buat guru-guru anak kita. 

Oleh itu, insya Allah bermula minggu ini saya akan banyakkan entri mengenai DIY gifts untuk Hari Ibu dan Hari Guru supaya dapat beri idea pada kalian semua. Jadi nanti bolehlah mula beli barang, buat sikit-sikit dengan anak-anak. That's the fun part you know!

Okey, di bawah ini antara contoh projek DIY gifts yang boleh kita buat.

 Personalised Sticky Notes Book 

Bahagian hadapan. Boleh letak nama guru atau simply letak ucapan 'Selamat Hari Guru'.

Bahagian dalam.