Rabu, Jun 08, 2016

DIY Sampul Duit Raya

Sampul duit raya? Betul, kita nak buat sampul raya sendiri. Almaklumlah sekarang ni orang bagi angpau packets free dah tak semeriah dulu. Kita buat sendiri lagi bagus! Jimat pun jimat. Istimewa sedikit. Di bawah ini saya ada dua set rekaan sampul raya. Saja pilih tema ala-ala doodles. Something simple and sweet.


Set 1


Isnin, Jun 06, 2016

Themed Party - Scrabble and Gold (Part 2)

Entri Part 1 di sini.

Dalam entri terdahulu, saya dah tunjuk hiasan belon, banner, backdrop dan photo booth. Kali ini kita sambung dengan hiasan-hiasan lain pula ye.

Lilin Scrabble untuk Hias Meja


Hiasan lilin ini untuk diletakkan di meja makan dan meja hadiah. Saya gunakan gelas yang dibeli di IKEA. Rasanya 6 biji gelas tu RM3.50. Letak lilin kecil di tengah-tengah dan sumbat dengan letter tiles sampai penuh keliling gelas. Reben dan bunga memang ada dalam stok. Reben emas tu pemberian Intan Dorsett Pink. Thanks so much, Intan. Boleh baca mengenainya di sini.

Sabtu, Jun 04, 2016

Persediaan Ramadan - Doa-doa Berbuka Puasa

Selama ini saya hanya amalkan satu doa sahaja ketika berbuka. Cetek betul ilmu saya. Rupa-rupanya banyak lagi doa yang boleh kita baca ketika berbuka. Saya kongsi sebahagian daripadanya.


Doa 1 (Doa yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w)