Ahad, Disember 25, 2016

Chords Jadi Aku Sebentar Saja - Judika (Easy Chords)

Ini antara lagu kegemaran saya sekarang. Budak-budak ngamen dekat area rumah saya suka bangat nyanyi lagu JASS ni 🎸 Tau-tau, saya pun turut sama hum lagunya. Dengar je terus jatuh hati especially pada lirik. Lirih sangat bila dia suruh kita jadi diri dia, berada dalam posisinya, fahami apa yang dihadapi walau untuk sebentar saja. Enjoy the chords! Ini versi yang paling simple. So, tak ada bahagian interlude. Saya main tangkap apa yang budak-budak tu main je.😊

Kord Gitar From FAMF Tower

Kunci Gitar Lagu JASS (Jadi Aku Sebentar Saja) - Judika

(Intro)
Am F G C
F Dm Am


Am F G C
Telah lama kau tinggalkanku
Dm F E
Sempat sia-siakan aku
Am F G C
Pergi jauh titipkan perih
Dm F E
Tak sedikitpun peduli

Jumaat, Disember 23, 2016

Terpotong!!!

Terpotong? Apa yang terpotong?


Nampak tak? Nampak tak? Saya sengaja letak kusyen pink kat bawah tu biar jelas sikit bahagian yang terpotong. Ahaks!!!

Agak-agak Yuri tahu tak telinga dia kena potong? 😆

Rabu, Disember 21, 2016

Titipan Kembara SS HH Sis JM

Jumaat lepas, Cekebon telefon cakap ada slip poslaju untuk saya. Kebetulan, hari tu saya memang balik rumah. Tertanya-tanya juga daripada siapa. Kalau diikutkan, boleh claim keesokan harinya. Tapi, dah saya tersembam terjelepok depan kedai (baca catatan clumsy saya di sini), niat nak claim parcel terpaksa tangguh dulu. Rasa ingin tahu yang membuak-buak pun kena kasi cool down :)

Mujurlah sebelah malamnya SS Whatsapp, inform yang ada hantar something. Berbunga-bunga hati ni. Terharu pun ada. Isnin pagi, terus berdesup pergi pejabat pos.

Inilah kiriman yang saya terima! Bukan daripada SS seorang,.. ini titipan kembara tiga orang! SS, HH dan Sis JM. Wah, sejak jadi sahabat kembara bertiga ni, macam-macam projek you all buat secara kolaborasi ye! Buat GA, buat combined parcels and gifts. I suka! I suka!