Rabu, Januari 17, 2018

Resepi Tapai Goreng

Siapa suka makan tapai? Pernah makan tapai goreng atau tidak? Saya memang suka makan tapai. Tidak kiralah tapai apa. Tapai ubi kayu ke, tapai pulut ke ... kedua-duanya saya gemar. Cuma sekarang lebih cenderung makan tapai ubi berbanding pulut sebab tidak suka yang manis sangat. Selain daripada makan begitu sahaja, saya juga paling suka kalau waktu cuaca panas terik dapat nikmati semangkuk cendol tapai pulut. Lagi satu, makan tapai ubi dengan aiskrim. Yummeh! Tak pasal-pasal terliur sendiri sambil menulis entri ini.

Tetapi, tapai goreng memang saya tidak berpeluang rasa langsung sebelum ini. Biasa dengar dan baca mengenai tapai goreng. Tapai goreng ni popular di sekitar Pantai Timur. Dekat KL memang susah sedikitlah nak jumpa. Dah lama teringin nak buat. Masalahnya setiap kali saya beli tapai, tak sempat nak goreng. Tahu-tahu habis! Jadi, baru-baru ini memang sengaja beli tapai ubi kayu extra. Separuh diasingkan siap-siap untuk dibuat tapai goreng.

Percubaan Pertama Buat Tapai Goreng

Inilah tapai goreng percubaan kali pertama saya. Resepi ini saya olah sendiri. Ada macam-macam versi resepi tapai goreng - ada yang guna tepung beras sahaja, ada yang guna kapur makan. Saya buat bater adunan yang paling mudah, kemudian letak hirisan daun sup untuk aroma dan rasa yang lebih umphhh!

Tapai ubi goreng

Jumaat, Januari 12, 2018

VersaMarker untuk Heat Embossing

Assalamu'alaikum,

Hari ini saya ingin cerita tentang satu lagi peralatan kraf - VersaMarker Pen. Pen yang sangat berguna jika kita mahu buat heat embossing. Apa itu heat embossing? Baca lebih lanjut di sini dan di siniDalam dua entri saya mengenai heat embossing ini, saya telah jelaskan apa itu heat embossing dan tunjukkan bagaimana caranya menghasilkan teknik embossed.


OK. Berbalik kepada pen, VersaMarker ini sama fungsinya seperti embossing stamping pad. Embossing stamping pad perlu digunakan dengan stamps (cop/clear stamps/rubber stamps/cling stamps.)  Pilih stamp yang berkenan, misalnya Happy Birthday, Happy Day dan Love. Tekapkan pada embossing stamping pad dan tekan rata-rata pada permukaan kad. Setelah itu, taburkan embossing powder, halakan heat tool/gun pada bahagian tersebut sehingga embossing powder cair dan membentuk tulisan/cetakan yang timbul.

Rabu, Januari 10, 2018

Resepi Jering Goreng

Jering memang kegemaran saya. Lagi-lagi jering tua. Saya suka rasanya yang macam biji buah cempedak. Tetapi, menu jering ini hanya muncul once in a blue moon je di rumah. Jarang-jarang sebab jering, petai tidak sesuai untuk orang-orang yang mengamalkan low potassium diet. Cekebon tidak boleh makan. Kasihan pula kalau dia pandang sahaja. Jadi, semasa ketiadaan Cekebon lah, (tika bermalam rumah Uje ke, bercuti dengan Cekengah ke...) baru saya makan jering. Itupun jika jumpa jering kat kedai.

Hidangan jering saya jenis yang simple sahaja. Yang penting ada cili, biar rasa pedas-pedas sedikit dan ada ikan bilis rangup. Kadang-kadang, saya rebus terlebih dahulu jering tua, kemudian cicah budu, makan dengan nasi panas. Nyummmm nyummmmm! Tidak pun, setelah direbus saya goreng sebentar dan ratah begitu sahaja. Sedapppppp! OK, jom tengok resepi mudah jering goreng versi saya.


Resepi Jering Goreng