Khamis, Ogos 23, 2018

Buat Spinner Card

Pertengahan bulan baru-baru ini saya buat spinner card. Saya dalam proses nak bayar hutang hadiah kepada kawan-kawan. Heheheh lama benar tertunggak sebab saya tidak ada masa nak duduk betul-betul, buat kad, pilih hadiah. Kadang-kadang dah beli hadiah, malas pergi pos. Datang pula occasion terdesak yang memerlukan saya korbankan hadiah tu beri pada orag lain. Dah kena fikir hadiah lain. Saya rasa sayalah 'si penangguh' paling teruk huhuhu. Alang-alang cuti, saya cuba selesaikan urusan tertangguh mana yang sempat.

Sudah lama tak bertapa dalam bilik kraf, luangkan masa buat kad, buat scrapbook. Jadi, kali ini saya cubalah hasilkan spinner card. Sebelum ini pernah buat swing card. Boleh baca mengenainya di sini. Spinner card yang saya buat ini jenis lipatan Z (Z-fold).

Proses awal. Kita nak hiasan berbentuk love tu berpusing-pusing apabila kad dibuka si penerima. Saya guna tali pancing yang halus dan lekatkan di bahagian belakang kad guna gam putih. Gam putih yang saya maksudkan ni jenis clear finish. Maksudnya, apabila gam ini kering, kesan gam tidak ketara kerana akan jadi jernih. So, tak comot sangatlah.


Rabu, Ogos 22, 2018

Selamat Menyambut Hari Raya Korban

Assalamu'alaikum,
Salam 10 Zulhijjah!
Selamat menyambut Hari Raya Korban!

Bagi yang berkorban, sudah selesaikan ibadah korban? Tadi sempat juga intai-intai lembu tumbang di surau dan masjid berhampiran. Teringat lagi dahulu masa di Tingkatan 4 dan 5, balik sekolah, saya akan singgah dekat surau dalam perjalanan balik ke rumah. Masa tu duduk di Sungai Buloh. Tengok lembu-lembu yang ditambat tepi surau. Then, pergi pujuk lembu. Hahaha. Betul! Saya pergi pujuk lembu yang nangis! Ni semua pengaruh ketua pengawas sayalah. Dia cerita dia pujuk lembu, saya pun excited nak pujuk lembu. 

So, pergilah jenguk lembu yang mengalirkan air mata. Syahdu tau. Tepuk-tepuk badan dia. Borak-borak sikit. Cakap ngan lembu tu, tak perlu nangis...patut bangga sebab jadi korban. Lepas tu, bila diedarkan daging korban, saya memang tak makan sebab terkenang-kenang. Mungkinkah ini lembu yang saya pujuk? 😉 Banyak sangat cekadak, sampai arwah babah ugut sayalah, kalau pergi pujuk lembu lagi, dengan saya sekali dia tambat! Apa tidaknya, tak pasal-pasal dia kena keluar beli lauk lain sebab saya tak makan daging. Lagipun, sebenarnya dia risau takut lembu tu naik minyak, saya kena tendang ke,..tak ke kes naya! Hmmm, those were the days. Zaman berani melulu tanpa fikir consequences.

Jalapeno Cheese Bagel Coffee Beans. Sempat ngendeng Cekengah belanja pagi tadi.