Khamis, Mei 23, 2019

DIY Stamping Tool

Stamping tool ini saya perlukan untuk kerja-kerja cardmaking saya. Sebenarnya, hajat hati nak beli Misti Stamping Tool seperti di bawah ini.

Tetapi, apabila difikir-fikir, rasa macam tidak berbaloi pula untuk dibeli. Harga mencecah ke tiga ratus untuk peralatan satu fungsi - pastikan keseragaman dan ketepatan corak apabila kita menggunakan clear stamps

Bagi yang tidak dapat gambaran, alat ini sebenarnya digunakan bersama clear stamps dan ink pads. Satu, apabila kita guna stamping tool ini, kita dapat cap secara precise clear stamp/s yang kita guna. Andai kata, masa kita cap tu ada bahagian yang tak cantik atau tidak jelas cetakannya, kita boleh re-ink stamp dan cap semula sebab stamp kekal di kedudukan asal (diletakkan di bahagian tingkap yang jernih tu) tidak berubah. Kalau selalu, tanpa stamping tool, mungkin kita tidak dapat kedudukan yang tepat. Silap-silap hasil cetakan jadi berbalam atau bertindan.

Lagi satu, stamping tool will become handy apabila kita hendak buat kad yang sama dalam kuantiti yang banyak. Nanti seragamlah semua kad. Tak adalah satu senget ke kiri, satu coraknya herot ke kanan.

Isnin, Mei 20, 2019

KOPI Siri Original Tonton

Kena beritahu awal-awal. KOPI (Siri Original Tonton) ini ditayangkan tahun lepas lagi. Cuma saya yang baru tengok tahun ini.

Alkisahnya, ketika itu saya di luar. Ada urusan. Jadi sambil menunggu Bott, saya masuklah aplikasi Tonton. Tengok-tengok cerita apa yang best. Came across 'KOPI'. 'KOPI' ni merupakan antara Siri Original Tonton. Diadaptasi daripada antalogi cerpen Fixi (yang juga bertajuk KOPI). Faham-faham sajalah, saya kalau bab-bab kopi ni, terus macam ada siren ultraman menyala-nyala. Terus jadi intrigued.

Setiap cerita pendek sahaja durasinya. Satu cerita tu biasanya ada dua bahagian. Setiap bahagian pula dalam 10 - 15 minit. Bagi yang renyah tengok cerita bersiri panjang-panjang, bolehlah layan episod-episod 'KOPI'. (Kredit gambar: Facebook Tonton)


Inilah buku antologi cerpen 'KOPI'.