Selasa, Ogos 06, 2019

Kad Klef Trebel - Just For You Card

Sebenarnya sudah lama saya siapkan kad yang satu ini. Terperam ibarat jeruk maman dalam draf. Baru sekarang sempat buat entri. Saya hendak berikan kepada seorang kawan merangkap bekas majikan saya untuk wish dia 'Good Luck'. Ini dikira sebagai kad 'Selamat Maju Jaya' lah.


Pandangan hadapan


Bahagian hadapan kad ini merupakan bentuk klef trebel yang dibuat menggunakan susunan not-not muzik kecil. Not-not kecil tu hasil tebukan craft punches. Kemudian, disusun satu persatu sehingga membentuk satu klef trebel besar. Seingat saya, bahagian hadapan kad yang bikin mata saya berpinar semasa menyusunnya ni, saya buat pada penghujung tahun lepas. Tetapi, ketika itu sekadar buat suka-suka. Tak decide pun lagi hendak buat kad apa atau beri pada siapa. Lagipun saya memang ada sejenis 'kecintaan' pada klef trebel sejak kecil. Kalau conteng-conteng buku saya kerap lukis klef trebel, sampaikan alas meja, buku nota malah pakai inai kat tangan pun pilih design klef trebel. 

Rabu, Julai 31, 2019

Kedondong Cicah Cuka Cili Api

Ini antara stok gatal gigi kegemaran saya. Saya memang suka makan buah kedondong - yang muda, yang masak dan yang dibuat jeruk semua ON. Jus kedondong je jarang minum. Selalu jika pergi beli-belah di Tesco dan ada pek kedondong yang reduced to clear, memang akan saya beli. Harganya dalam seringgit lebih sahaja satu pek. Dapatlah dalam 10 - 13 biji jika tidak silap. 

Kalau harga biasa (dalam RM2.++), saya tak beli. Konon-kononnya, itu cara saya nak menahan diri daripada jadikan kedondong stok berterusan tak putus di dapur. Tak berhenti mengunyah pula nanti.

So, kalau ada pek reduced to clear, it's a sign - rezeki makan kedondong hehehe. Once sampai rumah, Bott akan sibuk urus barang-barang dapur dan kemas peti sejuk. Saya terus kupas kulit kedondong. Selepas tu, buat kuah cuka cili api. Beberapa sudu cuka makan, garam, gula secukup rasa dan hirisan cili api. Kacau sekata hingga gula dan garam larut. Sedia untuk jadi cecahan kedondong.