Isnin, Oktober 12, 2020

Resepi Tempe Mendoan

Hari ini kita makan goreng-gorengan ya. Resepi yang ingin saya kongsi hari ini namanya Tempe Mendoan. Pada dasarnya, lebih kurang seperti tempe goreng biasa cuma salutan tepung tu yang buatkan hidangan ini lebih enak dan berbeza. 'Mendoan' berasal dari perkataan ‘mendo’ yang bermaksud setengah matang atau setengah masak. 

Kepingan tempe akan digoreng dalam minyak yang banyak dan panas dengan cepat, jadi tempe tidak masak sepenuhnya. Macam potongan tempe dalam hidangan ayam penyet tu, lembut-lembut ja. Tetapi, versi ini saya derhaka sedikit. Saya buat bahagian luarnya garing dan rangup manakala dalamnya kita biarkan lembut empuk.

Ahad, Oktober 11, 2020

Tips Pilih Semangka

Entri ini sebenarnya lebih kepada untuk diri sendiri. Sudah banyak kali saya jumpa tips memilih tembikai. (Di seberang mereka panggil semangka 😊) Banyak kalilah lalu-lalang di timeline Facebook dan Instagram. Rasanya dah puas saya screen shot,  konon-konon sebagai panduan bila nak membeli tembikai. Faham-faham sahajalah, tiada apa yang lebih mengecewakan (apabila membeli tembikai) dari dapat tembikai tawar! 😂

Masalahnya, apabila tiba masa nak memilih tembikai, mulalah saya kelam-kabut tak jumpa pula gambar yang diperlukan. Aishhh, mana nak jumpa, gambar-gambar di galeri foto telefon saya ada ribu-riban! Semua benda nak save, semua nak screen shot.

Makanya, kita simpan di blog. Untuk rujukan saya, pada masa yang sama dapat kongsi dengan kalian sekali. Inilah dia ciri-ciri pada tembikai untuk kita scrutinize supaya dapat pilih  yang masak, manis dan juicy. Kita perhatikan bentuk buah dan perbezaan warna pada kulit.