Rabu, April 07, 2021

Resepi Bangkit Cheese Lemak dan Gebu

Jika ditanya pada saya apakah kuih raya kegemaran saya, saya akan jawab kuit tart nanas dan bangkit keju (bangkit cheese). Saya punya suka sampai gigih cuba belajar buat sendiri. Sebab beli rasa tak puas. Kalau buat tu, dapatlah banyak sedikit untuk dimakan berulang-ulang. Saya memang sejak kenal kuih bangkit keju, dah tak berpaling dah! Suka benar akan rasanya yang lemak-lemak, teksturnya yang gebu, lembut dan cair di mulut. Bulan bukan raya pun saya mahu makan bangkit keju. 😁

Inilah kuih bangkit keju saya. Buat satu adunan sahaja konon-kononnya biskut kunyah-kunyah pra-Ramadan.

Selasa, April 06, 2021

Air Coklat Rendah Kalori

Siapa di sini penggemar hot chocolate? Saya memang suka minum air coklat panas. Lagi mewah rasa coklat, lagi pekat teksturnya, lagilah saya suka. Sebelum ini, saya sudah kongsi beberapa resepi air susu coklat iaitu Air Coklat Panas | Air Koko Panas dan Air Koko Panas Bercili.

Hari ini saya ingin kongsi satu lagi resepi air coklat panas. Yang ini lebih istimewa sebab versi rendah kalori. Untuk yang sedang berdiet atau kawal pemakanan, bolehlah nikmati air coklat panas tanpa rasa bersalah.



Resepi Air Coklat Panas Rendah Kalori

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 1/2 sudu besar serbuk koko. Saya biasa gunakan serbuk koko Van Houtten atau Hershey's.
  • 1/4 sudu teh serbuk kopi segera. Saya guna Nescafe. Penggunaan serbuk kopi segera ini bertujuan untuk serlahkan lagi rasa coklat.
  • 2/3 cawan susu rendah lemak
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • secubit garam
  • Pemanis tanpa kalori pilihan masing-masing