Isnin, Ogos 01, 2022

Hantar Pelukan Kertas

Assalamualaikum.

Salam 1 Ogos! Semoga bulan Ogos lebih baik untuk kita semua. Ogos bulan untuk negara kita. Ada yang sudah mula kibar Jalur Gemilang di rumat atau tempat kerja? 

Hari ini cerita tentang explosion box lagi. Ini kisah beberapa bulan yang lalu. Baru sempat terbitkan sebagai entri. Kad kotak atau explosion box di bawah ini saya anggap istimewa sangat. Kenapa? Istimewa kerana ini kad yang saya buat setelah berbulan-bulan tidak hasilkan sebarang kad ucapan. 

Tidak tahulah mengapa ... nak kata sibuk sangat tu, tidaklah. Tetapi, memang sudah lama tidak berpeluang meluangkan masa di dalam bilik kraf untuk buat kad. Tempahan kad ucapan pun semua saya tolak. Nak buat untuk suka-suka jauh sekali. Mungkin sedikit tertekan dengan rutin kerja ... penat ... semua tulah bergabung jadi faktor penyebab. 😁

Satu hari, saya terima perkhabaran yang salah seorang kenalan crafter saya jatuh sakit. Kemudian, ada masalah lain pula menimpa dirinya. Walaupun pada mulanya kami kenal atas dasar sama-sama minat card making, selepas itu kami jadi kawan baik dan dia merupakan antara confidantes saya. She's one of my low-maintenance friends - kawan yang kita tidak perlu selalu jumpa, tidak payah call setiap hari, tapi kita tahu dia ada. 

Dengan dia, tidak perlu risau dia kecil hati ke apa kalau saya lambat balas Whatsapp. Lazimnya, saya baca Whatsapp melalui notifikasi di jam tangan, memang selalu lupa balas. Sebulan lepas tu baru balas pun tak ada hal. Kadang-kadang, Bott yang kena ingatkan saya, mesej A dah balas? Andai ada hari saya rancak berbual dengan A, mesti lepas tu dia akan tanya, dah berapa bulan korang tak sembang? Sebab memang betul-betul banyak bulan! 😂

Disebabkan hendak hantar titipan istimewa buat sahabat saya yang seorang ini, gigih saya siapkan explosion box di bawah. Lama tak main potong-potong tampal-tampal, sakit pinggang juga dibuatnya. 


A Paper Hug

Explosion Box - Sending A Hug

Ahad, Julai 31, 2022

Kord Gitar Bisik - Irfan Haris (Easy Chords)

Dahulu saya suka benar lagu nyanyian Irfan Haris, Redha yang menjadi OST Suri Hari Mr. Pilot. Beberapa lagu penyanyi muda ini selepas itu kurang menarik minat saya. 

Lagu terbaharunya, Bisik boleh tahan! Lembut membuai telinga. 

Muzik video Bisik boleh ditonton di Youtube. Saya tidak pasti sama ada lagu ini jadi lagu runut bunyi mana-mana drama ataupun tidak. Kord gitar Bisik di bawah, versi mudah. Selamat berdendang!



Kord Gitar From FAMF Tower

Sabtu, Julai 30, 2022

Bakar Semula Biskut Lemau

Assalamualaikum. Salam santai Sabtu! Salam 1 Muharam! Hari ini saya bersiaran dari rumah, masih dalam proses mengemas. Dua minggu lebih juga tidak balik kerana ada urusan di luar kota. Maka, banyaklah hal ehwal rumah yang perlu diuruskan.

Dari semalam sibuk kemas dapur dan pantri. Tengok stok barang dapur, semak tarikh luput makanan dan minuman yang ada sebelum pergi beli stok baharu. Masa kemas stok beginilah akan jumpa macam-macam. 

"Eh, saya tak tahu kita ada teh jenama ni?" 

"Mana dapat biskut dalam balang ni?" 

"Kerepek ni bila kita beli?" 😄

Selain jumpa khazanah-khazanah berharga yang boleh dinikmati kemudian, jumpa juga benda-benda lain yang perlukan tindakan segera. Antaranya, biskut Jacobs Hi Calcium Low Salt yang kandungannya hanya berbaki suku tin. Dah lemau!

Ini memang kebiasaan di rumah saya. Biskut tu kalau awal-awal buka, memang laku keras. Tinggal setengah pun laku lagi. Nanti bila dah hujung-hujung, terbiar dilupakan begitu sahaja. 

Biskut lemau begini jangan dibuang begitu sahaja. Sayang! Rezeki tu, kan? Habis tu, kita nak buat apa?

Kita bakar supaya rangup semula.


Cara Bakar Semula Biskut Lemau

Biskut lemau sedia untuk dibakar semula.