Selasa, Oktober 18, 2022

Satu Kilo Satu Kilo

Assalamualaikum. Hari ini cerita tentang pembelian satu kilo satu kilo saya. Apa yang satu kilo? Semasa jualan 10.10 baru-baru ini, saya banyak beli barang makanan. Selain tawaran harga yang menarik, ada juga beberapa produk dalam cart yang boleh dapat lebih potongan dengan coins. Jadi, saya belilah groceries dan barang rumah mana yang perlu. Buat tambah stok.


Beras Super Special Tempatan 3A | Beras Susyi

Antara pembelian satu kilo saya ialah beras Super Special Tempatan. Beli runcit satu kilo satu kilo begini lebih praktikal. Saya jarang-jarang beli beras biasa pembungkusan 5 atau 10 kilogram sebab di rumah ni kami guna beras ponni. 

Beras biasa guna apabila hendak masak bubur dan nasi himpit sahaja. Tak berbaloilah andai beli sampai 5 kilogram sebab nanti rosak dimakan bubuk sebelum sempat habis digunakan. Masak bubur banyak mana je kita guna, kan? Jadi, lazimnya memang akan beli dua atau paling banyak tiga kilo sahaja. 


Beras Super Special Tempatan dan Beras Calrose

Jumaat, Oktober 14, 2022

Mainan Baharu Sudah Sampai

Assalamualaikum. Salam Penghulu Hari. Moga kalian semua baik-baik sahaja.

Hari ini bersiaran dari bilik kraf. Lebih kurang dua minggu lepas, saya ada beli kelengkapan kraf dan journal di Lazada. Asalnya, saya mencari tawaran menarik untuk beberapa barang yang habis di rumah ini. Terserempak pula dengan kedai yang menjual seleksi clear stamps cantik-cantik.

Biasanya kalau saya beli clear stamps dari China, harganya antara RM3 - RM7 (bergantung kepada saiz dan rekaan). Tetapi, kali ini harga untuk satu set clear stamps cuma sekitar RM2.80 - RM3.50 sahaja. Banyak rekaan menarik pula tu. 

Dengan gembiranya saya tekan 'Add To Cart' walaupun sebenarnya bajet untuk beli peralatan kraf sudah habis saya gunakan. 😂 Tekan lagi dan lagi ... dan lagi. Sewaktu hendak lengkapkan pembelian, jumlah harga yang dibayar semakin berkurang kerana setiap satu set clear stamps ada potongan harga melalui coins. Bertambah-tambah gembira saya dibuatnya.

Memandangkan produk yang saya beli ini dari China, maka ambil sedikit masa untuk sampai.


Akhirnya…

Pembelian saya 😊

Rabu, Oktober 12, 2022

Nafas Baharu Jika oleh Nuha Bahrin, Naufal Azrin

Kira-kira dua dekad yang lalu, lagu Jika nyanyian dan ciptaan Melly Geoslow telah mencipta fenomena baik di Indonesia mahupun di negara kita sendiri. Dengan klip videonya yang ada plot twist (mereka bukan berpacaran pun, masing-masing jumpa orang lain di akhir klip), lagu ini sentiasa diputarkan di corong-corong radio dan menjadi siulan ramai.

Pasangan duet yang popular dengan Casablanca cuba untuk mengembalikan kegemilangan Jika dengan gubahan yang lebih segar. Apa yang menarik, Jika versi Nuha Bahrin dan Naufal Azrin ini, sebahagian daripada liriknya didendangkan dalam bahasa Arab. Versi baharu ini mendapat pujian daripada Melly Goeslow sendiri. Berminat hendak dengar? Tonton klip video Jika di saluran Youtube Alfarecords. Kalian nilaikan sendiri.


Kredit Imej - Saluran Youtube Alfarecords