Isnin, Mac 06, 2023

O’Briens dan Godaan Club Sandwich

Pagi-pagi sudah ada urusan di luar. Keluar rumah tidak sempat bersarapan pun. Ingat perut boleh tahan macho. Sekali, belum apa-apa dah berdengung berkeroncong minta diisi. 🤣


Bersarapan di O’Briens.

Singgah makan di O’Briens. Apa-apa, kena pesan kopi dahulu. Secawan cappucino untuk relaks. Dari pagi tergesa-gesa.


My cappucino 😊

Inilah kopi saya. Pekerja yang buat kopi ni siap minta maaf sebab latte art tak menjadi. Pekerja yang selalu buat kopi cuti kecemasan. Kasihan dia kena jelaskan kepada setiap pelanggan. It’s ok, dik. Latte art tu tak penting sangat untuk akak. Kita kacau atau hirup kopi nanti kan hilang patternnya. 

Kopi saya diapit oleh semangkuk Classic Chicken Caesar Salad, makanan pilihan teman sarapan saya dan sebiji pai ayam untuk dinikmati sambil berbual-bual. 

Saya dan Kegilaan Terhadap Club Sandwich

Dah pergi ke kedai yang menjual roti dan sandwic, tentulah saya makan sandwic. Punyalah banyak menu sandwic di O’Briens, wraps dan pasta pun ada… tetapi sebaik sahaja saya nampak Club Sandwich, terus pilih Club Sandwich. 😂

Saya memang pantang jumpa Club Sandwich. Tak ada apa yang istimewa sangat pun. Sandwic bertingkat-tingkat atau berlapis je. Inti sandwic pun biasanya bahan-bahan asas. Tetapi entahlah, memang dari kecil bawak ke besar, sampailah ke tua… saya suka idea sandwic bertingkat. Mungkin sebab saiz hidangan roti ini lebih besar daripada sandwic biasa. 


Triple-Club Sandwich ini Farrah Aida yang punya 😂

Sesampai hidangan yang dipesan, tanpa berlengah saya makan. Punyalah gembira! Ada hirisan ayam, hirisan ayam rangup, tomato, bawang, keju Cheddar, daun salad dan mayones honey mustard. Ini dah cukup menyelerakan bagi saya. Tetapi, kalau inginkan kelainan, saya sarankan kalian cuba sandwic ayam belanda (Triple Deluxe Sandwich), sandwic tuna (Tuna Swiss Melt Sandwich) atau sandwic salmon (Smoked Salmon and Cream Cheese)

Alhamdulillah, kenyang. Tengah hari tak makan sebab masih kenyang lagi. Pagi dah makan banyak sandwic. 

Ada antara kalian yang suka roti atau sandwich O’Briens? Sarankanlah menu untuk saya cuba lain kali.

Jumaat, Mac 03, 2023

Clear Stamps Baharu untuk Kraf

Assalamualaikum. Hari ini entri mengenai material dan peralatan kraf baharu saya. Saya telah beli beberapa set clear stamps sebagai ganjaran buat diri. Pada mulanya, niat mahu beli dua atau tiga set sahaja. Konon tak nak membazir. Pek clear stamps yang saya beli dulu-dulu pun masih ada yang saya belum cuba/guna lagi. 😅

Dalam pada memilih rekaan stamps yang ada, berkenan itu… berkenan ini… akhirnya ter-beli enam! 🤣

Inilah koleksi terbaharu clear stamps milik saya.

Lepas ni makin seronok buat stamping.

Selasa, Februari 28, 2023

Kejutan Hadiah Digital daripada Cuya

Assalamualaikum. Apa khabar, semua? Haish, saya ni sekejap tenggelam sekejap timbul. Sekejap hilang sekejap muncul di blog ni. Dah jadi macam hobi pula. Entah bilalah dapat konsisten menulis blog… 😂

Entri bersihkan sawang blog hari ini merupakan entri penghargaan untuk adinda Cuya, pemilik blog Drawing The Words

Awal bulan hari tu, Cuya ada hubungi saya bertanya sama ada saya sudi atau tidak terima lukisan digital daripadanya. Of course! Tentu-tentulah saya sudi. Pucuk dicita ulam mendatang gitu. Tidak silap saya, tahun lepas ada sertai giveaway Cuya, tetapi tiada rezeki terpilih sebagai pemenang. Tak sangka ada rezeki terima kejutan lukisan digital daripada Cuya.

Siapa-siapa yang kenal Cuya, tentu dah biasa dengan hasil kerja kreatifnya.

Inilah lukisan digital yang saya terima 🥰. Dengan hidung kembang, saya anggap ini hadiah hari lahir pertama untuk saya tahun ini. 🤣

Lukisan digital Cuya