Jumaat, Julai 20, 2018

Resepi Air Fryer - Pisang Goreng Oat

Satu lagi resepi  air fryer yang mudah untuk dikongsikan - Pisang Goreng Oat. Ini pisang goreng versi lebih sihat. Saya tidak cakap 'sihat sepenuhnya' ya ... sebab dalam pisang dan tepung dah banyak kiraan kalori. Tambah oat lagi! Apa yang saya maksudkan lebih sihat sebab tidak menggunakan minyak untuk sediakan pisang goreng ini.

Dulu-dulu saya suka nikmati pisang goreng yang lembik-lembik. Maknanya yang pisangnya dah terlebih masak, apabila digoreng isi tu caramelized dan jadi bertambah mushy sebab dah serap minyak. Siap kalau beli pisang goreng, memang sengaja akan minta pisang lembik. Lagi lembik lagi best!

Dah tua-tua ni, apabila tahap kesedaran terhadap kesihatan meningkat, saya mula opt for healthier version of snacks. Cuma apabila sekali-sekala teringin tu bolehlah kita lepaskan hasrat tekak yang mengidam itu ini. Masa tulah berlegar-legar di kepala ini hashtag #buatbuatlupakirakalori 😜


Resepi Pisang Goreng Oat

Pisang goreng oat


Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Pisang secukupnya, kupas kulit dan potong kepada bahagian kecil. 
  • Tepung gandum. Biasanya kalau goreng pisang cara biasa, saya guna tepung gandum dan tepung beras. Tetapi untuk resepi air fryer ini, guna tepung gandum sahaja sudah memadai.
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Oat
  • Air 

Cara-cara Penyediaan
Untuk buat pisang goreng oat, ada dua cara penyediaan. Yang pertama bater dan yang kedua salutan kering (bater kering). Dua-dua cara saya pernah cuba. 


Cara #1
  1. Sediakan adunan bater. Bancuh tepung gandum, garam, serbuk kunyit dan sedikit air supaya menjadi bater untuk menggoreng. Jangan terlalu cair atau pekat. Cukup untuk salut pisang seadanya.
  2. Celup pisang ke dalam bater. Golek-golekkan atas oat. Ulang proses hingga pisang habis.
  3. Masak dalam air fryer 180/200 darjah celcius sehingga pisang bertukar warna kekuningan dan oat jadi garing. Untuk dapatkan hasil gorengan yang sekata, saya masak dahulu selama lapan minit dan setelah diterbalikkan tambah lagi tujuh minit. (Suhu dan masa bergantung pada air fryer masing-masing. Pandai-pandai adjust ye.)


Cara #2
  1. Gaul sekata tepung gandum, garam dan serbuk kunyit. Tidak perlu tambah air.
  2. Salutkan pisang dengan tepung, diikuti dengan oat.
  3. Masak dalam air fyer seperti yang diterangkan sebelum ini.

Sedia untuk dihidangkan. Dalam gambar di atas, seingat saya, saya memang tambah masa memasak supaya pisang goreng saya jadi lebih rangup. Adalah tompokan hitam di sini sana kerana gula pisang yang caramelized merembes keluar. 😉 Kemudian, salutan oat saya agak tebal. Jangan tebal-tebal sangat ye. Nanti tak enjoy hehehe.


Selamat Mencuba!

30 ulasan:

  1. Baru haritu buat tak jadi hahaha.. tapi haritu pakai hentam saja and guna pan biasa je huhu.. ni nak try la.. thankss

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau pakai pan biasa, kena deep fry guna minyak yang betul2 panas. Separuh masak, pwrlahankan sedikit api. Insya allah jadi. 😊

      Padam
  2. yummy, farrah.
    sihat.
    mudah ada air fryer kan.
    lelebih mcm aida yg sibuk lah nak diet ni ha ha ha ha...
    membantu kurangkan minyak dlm makanan seharian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Aida. Saya ni dahlah suka makanan bergoreng. Ada airfryer ni dapatlah sediakan makanan yang healthy sikit 😊

      Padam
  3. wah! innovasi baru dlm pisang goreng..

    BalasPadam
  4. bagusla resipi ni. banyakkan lagi share resipi airfryer k farrah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insha Allah, Intan. Masa agak terhad sekarang. Nanti bila sempat saya share lagi ye.

      Padam
  5. bagusnya resipi ni, mesti best sebab pisang tu rangup oat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang best, Farhana. Rangup dan lemak oat tu enhanced rasa pisang 😊

      Padam
  6. Haritu goreng fries dalam air fryer. Pastu macam no minyak lagi sedap huhu.

    BalasPadam
  7. Balasan
    1. Tapi kalau makan tak ingat berkeping-keping jadi tak sihat heheheh

      Padam
  8. Assalamualaikum... hi akak...

    BalasPadam
  9. Kak... masak benda bergoreng bertepung ni bukan nanti macam jadi serbuk ke...
    Hrtu sy fry ayam salut tepung .. okaylah masak ayam tu... tapi nanti atas dia ada serbuk2 tepung lagi...

    Aishhhh camna ke nak cakap...
    Hihi... goreng ikan pun sama... nanti ada tertinggal srrbuk2 kunyit halua atas ikan tu.

    Camna ea nak avoid that?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak dalam kete ni. Jap lagi akak whatsapp. Malas lak nak naip panjang2. Nanti penin!

      Padam
  10. Pergh!! Sedap nie kalau dimakan bersama secawan nescafe panas.. Memang petang yang bahagia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aduh,..terbayang! Hahaha memang bahagia! 😆

      Padam
  11. Wahhh syoknya pisang goreng pun boleh masak dalam airfryer. Kak Farrah guna jenama apa eh? Nani baru nak 'merisik' air fryer ni. Heheh :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak pakai Philips yang first version tuh. Sekarang ni macam2 brand ada. Lebih advanced. Cari je yang sesuai dengan bajet 🙂

      Padam
  12. ahahah CT suka pisang goreng terlebih masak jugak..!! lepastu garing2 n kulit dia pahit2 manis gula gituuuu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adoyaiii, dah terliur ni! Yang lembik tulah yang best kan,... 😊

      Padam
  13. Memang air fryer ni bagus sempat la guna kat rumah kat kampung aritu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senang nak prepare meal yang kurang minyak 😊

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.