Khamis, Mei 23, 2019

DIY Stamping Tool

Stamping tool ini saya perlukan untuk kerja-kerja cardmaking saya. Sebenarnya, hajat hati nak beli Misti Stamping Tool seperti di bawah ini.

Tetapi, apabila difikir-fikir, rasa macam tidak berbaloi pula untuk dibeli. Harga mencecah ke tiga ratus untuk peralatan satu fungsi - pastikan keseragaman dan ketepatan corak apabila kita menggunakan clear stamps

Bagi yang tidak dapat gambaran, alat ini sebenarnya digunakan bersama clear stamps dan ink pads. Satu, apabila kita guna stamping tool ini, kita dapat cap secara precise clear stamp/s yang kita guna. Andai kata, masa kita cap tu ada bahagian yang tak cantik atau tidak jelas cetakannya, kita boleh re-ink stamp dan cap semula sebab stamp kekal di kedudukan asal (diletakkan di bahagian tingkap yang jernih tu) tidak berubah. Kalau selalu, tanpa stamping tool, mungkin kita tidak dapat kedudukan yang tepat. Silap-silap hasil cetakan jadi berbalam atau bertindan.

Lagi satu, stamping tool will become handy apabila kita hendak buat kad yang sama dalam kuantiti yang banyak. Nanti seragamlah semua kad. Tak adalah satu senget ke kiri, satu coraknya herot ke kanan.

Berbalik kepada isu stamping tool tadi, sebab harganya agak mahal, saya surveyed di Youtube ada tak alternatif lain. Jumpa beberapa video orang buat stamping tool guna frame IKEA. Menarik! Tetapi, malangnya that particular frame tidak dijual di Malaysia. Harga frame tu sendiri agak pricey. Ada yang guna bekas CD. Saya kurang berkenan kerana saiznya agak kecil. 

Akhirnya, saya dapat idea untuk buat sendiri stamping tool ala Misti guna fail. Tidak silap saya kos keseluruhan di bawah RM10 kerana kebanyakan barang yang digunakan ada di rumah. Bahan-bahan yang diperlukan - fail (beli di DAISO), 2-3 biji magnet, kertas petak, plastik jernih, double sided tape dan washi tapeMeasuring tape tu Cekengah balik beli barang kat IKEA saya minta. Saya guna gam gajah sedikit untuk gam bahagian tepi fail agar tidak bergerak apabila digunakan.


Ini rupanya apabila dah siap. Berbaloi-baloi! Makin mudah saya buat kerja sekarang.


Dapat imagine tak? Clear stamp/s saya lekatkan di sebelah kiri. Then, fail ditutup untuk tekap pada bahagian yang dikehendaki (kad/kertas) di sebelah kanan. Jika cetakan kurang jelas, kita boleh ulang proses yang sama. Magnet pula berfungsi untuk menetapkan kedudukan kad/kertas supaya tidak bergerak. OKlah tu kan?


14 ulasan:

  1. cantik lah walaupun simple ja, sebab nampak kemas ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, Umi. Saya asalkan boleh guna ala-ala macam Misti tu dah puas hati dah... :)

      Padam
  2. uwahhhh so cool. i love this !!!

    BalasPadam
  3. ada tools mcm ni senang nk bt kerja. cantik!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memudahkan kerja. Kalau tak asyik kena ukur ukur...agak agak ;)

      Padam
  4. Tak berapa nak boleh imagine.. hehehe..
    Tapi suka tengok hasil DIY akak.. Sentiasa kreatif..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak patut letak video kan untuk tunjuk fungsinya. Tapi tulah, bab2 video ni malas sedikit. Nway, thanks so much, Sha!

      Padam
  5. Waaah...kreatifnya buat sendiri. Nice Farrah!

    BalasPadam
  6. apa yg buat dia mahal smpi mcm tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ntah. Mungkin material yang digunakan kot...

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.