Isnin, September 16, 2019

Kedondong Reduced to Clear dari Tesco

Ini kisah beberapa minggu lepas sebenarnya. Cuma baru sekarang berkesempatan nak buka cerita di sini. Saya memang suka makan kedondong. Pernah cerita mengenai kegemaran saya makan kedondong cicah dengan kuah cuka cili api di sini.

Bayangkan, pergi Tesco, jumpa kedondong batch reduced to clear dengan harga paling awesome. 60sen sahaja untuk satu pek yang beratnya sekitar 400g. Banyak jugalah satu pek tu. Dapat dalam 12-15 biji bergantung kepada saiz. Ini memang bargain paling berbaloi. Punyalah happy saya dapat kedondong-kedondong tu. Lazimnya, kalau reduced to clear harganya dalam RM1.++. Kali ni dapat 60sen je. Puas saya belek setiap buah kedondong dalam pek tu. Semua OK lagi. Keras-keras. Tak ada pula yang terlebih mushy atau yang dah tak elok. 


Apa lagi, saya grabbed dua bungkus terus. Kalau ikut tamak, nak ambil tiga pek. Tetapi, tak terhabis pula nanti. Dah bazir kan.... Selain dari simpan separuh untuk stok gatal gigi saya, sudah terlintas di kepala beberapa hidangan yang hendak dibuat menggunakan kedondong yang saya beli. Nak tahu saya lauk apa yang berjaya saya hasilkan?


Hidangan pertama ialah Kerabu Kedondong Ikan Bilis. Nyumm nyumm. Ratah macam tu je dah sedap.



Ini pula, hidangan special untuk Cekebon yang teringin nak makan masam-masam masa hari tekak dia payau - Paprik Tauhu Telur dengan Hirisan Kedondong.



Terliur tak? Teringin tak? Nanti saya tulis entri resepinya. Sekarang ini kita bagi iklan acah (teaser) dulu. Jemput jamu mata. Hidangan-hidangan ini semua dah selamat masuk perut ;)


16 ulasan:

  1. Selama ni kedondong buat makan mcmtu and jeruk je. taktau pulak boleh buat masakan. Terliur jugak baca masam2 ni haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh cuba, Ain. Sekali-sekala guna kedondong dalam masakan, dapatlah tukar-tukar selera :)

      Padam
  2. Nampak sedaap betul Kerabu Kedondong Ikan Bilis tuu T-T

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ratah macam tu je pun boleh, Nini. Akak dah tak pandang kiri kanan dah! :)

      Padam
  3. wahhhhhhhhhhhh terliurnyaaaa. tapi saya suka akan kedondong macamtu je. by the way, if you dont mind boleh tak pergi blog saya, unfollow blog saya lepastu follow balik? sebab saya tukar link blog baru. takut tak masuk dalam reading list. thankyou in advance. if awak tak kisah lah

    BalasPadam
  4. Berbaloi dgn harganya...sedapnya..

    BalasPadam
  5. terliur smpai rs nk nangis bc entry ni..
    uwaaa kejam sgt ni.. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kejam-kejam kedondong tanda sayang kan? Hehehe

      Padam
  6. kalo kedondong ni..selalunya la yang sedap ditekak ialah kedondong asam boi..hehe

    BalasPadam
  7. Teringin nak rasa kerabu kedondong tu.. selalu sha makan kerabu mangga atau betik.. Buah lain memang tak pernah cuba..

    BalasPadam
  8. salam kak.
    tak pastilah kalau akak ingat saya. Nana Liena. hehe
    btw kedondong kalau dapat minum airnya memang sedap betul. tapi sekarang dah tak boleh minum manis2. ke jaga makan minum. :D

    BalasPadam
  9. Sedapnya buah kedondong.. kecur liur..haha
    murah tu dpt beli harga tu..

    BalasPadam
  10. sek sek kerabu macam mangga ni buat ailio menjejes..

    BalasPadam
  11. untung dapat beli yang reduces. boleh jugak berjimat. buah ni selalu buat cicah atau pajeri jer.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.