Memaparkan catatan dengan label Doa dan Zikir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Doa dan Zikir. Papar semua catatan

Isnin, Julai 07, 2014

Doa Agar Mudah Tidur (Buat yang Mengalami Kesukaran untuk Lelapkan Mata)

Saya dan masalah sukar tidur memang dah sinonim sangat! Salah satu sebabnya, penyakit hyperthyroid yang saya alami memang buat mata ni susah nak lelap. Lagi satu, dari kecik memang suka 'stay-up' - rasa seronok masa panjang! Sekarang ni, orang lain dah lena dibuai mimpi, saya terkial-kial seorang diri. So, inilah sepotong doa yang sangat sesuai untuk spesies burung hantu seperti saya. 


Tafsiran Ayat:
“Ya Allah, telah lenyap segala bintang dan telah lelap semua mata sedangkan Engkau Sentiasa Hidup Lagi Berdiri, tidak mendatangi / mengenai Engkau mengantuk dan lena, wahai Tuhan Yang Hidup Lagi Berdiri, tenangkanlah malamku dan lelapkanlah mataku.”


Rabu, Jun 04, 2014

Mohon Agar Allah Perbaiki Diri Kita Setiap Masa

Saya dapat doa ini melalui perkongsian di Facebook. Maaf tidak dapat beri kredit sewajarnya kepada tuan punya imej di bawah. Mari kita sama-sama amalkan agar Allah menetapkan setiap langkah kita dan tuntun kita dalam menjalani urusan dunia dan akhirat.




Selasa, Mei 13, 2014

Amalan Supaya Lebih Khusyuk Dalam Solat

Perkongsian untuk hari ini.

Sebelum mula bersolat, bacalah:

1. Surah Al-Mukminun, Ayat 96-98

Terjemahan Ayat:

Tolaklah kejahatan yang dilakukan kepadamu dengan cara yang sebaik-baiknya, Kami Maha Mengetahui apa yang mereka katakan itu (96)

Dan katakanlah: "Wahai Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu dari hasutan Syaitan-syaitan. (97)

"Dan aku berlindung kepada-Mu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku". (98)

2. Surah An-Nas


Laksanakan amalan ini dengan istiqamah. Insya-Allah, mudah-mudahan hati dan minda akan lebih tenang dan khusyuk ketika beribadat.

Khamis, Mei 08, 2014

Ini adalah limpah kurniaan Tuhanku.

Sekadar perkongsian ringkas buat hari ini. Untuk mengingatkan diri saya juga. Lazimnya, apabila kalian dipuji, apa reaksi pertama kalian? Apa pula tindak balas atau respons kalian terhadap pujian tersebut? 

Common courtesy - kita akan cakap terima kasih, bukan? Tetapi, cukupkah sekadar itu? Ya, mungkin cukup untuk orang yang memuji kita. Untuk diri kita sendiri?

Islam benar-benar sempurna dan cukup indah sehinggakan situaasi kita dipuji pun ada adab dan amalan baik yang wajar kita praktikkan. Yalah, orang puji kualiti yang baik pada kita. Kualiti berkenaan datang dari siapa? Ada baiknya dalam situasi begini, kita tidak terus 'kembang hidung' sebaliknya guna kesempatan yang ada untuk mengingati Sang Pencipta.

Bilamana kita mendapat pujian daripada orang lain atau apabila kita dilimpahi dengan kesenangan dan kebahagiaan, jangan lupa untuk lafazkan:


Hadza min fadhli rabbi

Terjemahan: Ini adalah limpah kurniaan Tuhanku.


Ini adalah limpah kurniaan Tuhanku. Apa yang baik pada diri kita memang datang daripada-Nya. Jadi, tidak salah untuk kita bersyukur dan mengingatkan diri dari semasa ke semasa. 


Rabu, Mei 07, 2014

Ayat Amalan untuk Pesakit Darah Tinggi

Potongan ayat di bawah ini wajar diamalkan oleh pesakit darah tinggi. Insya-Allah dapat mengelak daripada pengsan secara tiba-tiba apabila tekanan darah menjadi tidak terkawal. Letakkan tapak tangan pada dada dan baca setiap kali selepas usai solat.

Surah An-Nisa’, potongan ayat 164


Terjemahan:  Dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan).


*Ilmu yang dikongsi oleh Ustaz Sharhan melalui salah satu ceramahnya di TV9.

Ahad, April 13, 2014

Doa untuk Sakit Kepala atau Migrain

Bagi yang selalu sakit atau pening kepala, juga kepada yang sering diserang migrain,...cubalah amalkan ayat ini. Insya-Allah, akan dapat menghilangkan kesakitan yang dialami.

Terjemahan: Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.


Selasa, Mac 04, 2014

Elakkan Strok Haba

Sekarang ni cuaca panas terik memang boleh buat badan 'dehydrated' (hilang kandungan air dalam badan). So, kita sendiri kena 'alert' dengan keadaan diri kita -- pastikan air dalam badan mencukupi. Bagi ibu bapa pula disarankan agar pantau keadaan anak-anak yang masih kecil. 'Make sure' mereka minum air masak secukupnya mengikut keperluan tubuh. Budak-budak bukan kira cuaca,... panas ke sejuk ke terik kontang ke,... kalau dia nak main, dia main jelah.

Pendedahan berlebihan kepada cuaca panas terik boleh menyebabkan strok haba. Sana-sini kita dah dengar isu kesihatan ini dibincangkan. Selain daripada itu, bagi yang beragama Islam digalakkan untuk amalkan zikir-zikir mudah di bawah. Insya-Allah dapat membantu kita meneruskan rutin harian dalam keadaan cuaca yang agak melampau.



Ahad, Februari 23, 2014

Amalan Khusus untuk Si Panas Baran

Tak ada siapa yang suka orang panas baran kan? Haa, bagi yang cepat marah, lekas naik angin, grumpy, grouchy, tetchy dan apa sahaja yang seangkatan dengannya, marilah kita sama-sama amalkan Surah Al-Anbiya, ayat 69 ini. Mudah-mudahan hati kita akan sejuk dan lunak. Insya-Allah, kita akan jadi lebih tenang. Lebih sabar.


Terjemahan ayat:
“Kami berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!” 


Khamis, Januari 16, 2014

Amalan Supaya Dimurahkan Rezeki

Selain daripada mengerjakan solat sunat dhuha dan membaca Surah Al-Waqiah, di bawah ini ada satu lagi amalan mudah yang boleh kita praktikkan agar dikurniakan rezeki yang tidak putus-putus daripada Allah. Seorang teman kongsikan doa ini dengan saya. Amalan untuk murah rezeki dan cepat kaya katanya.


Ayat ini dibaca sebanyak 33 kali setiap kali usai solat. Dengan izin dan ketetapan-Nya, apa yang kita ada cukup untuk keperluan kita dan rezeki yang dikurniakan tidak akan pernah habis.

Selasa, Oktober 29, 2013

Doa Pembuka 12 Pintu Kebaikan


Ya Allah,
bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan,
pintu-pintu keselamatan,
pintu-pintu kesihatan,
pintu-pintu nikmat,
pintu-pintu keberkatan,
pintu-pintu kekuatan,
pintu-pintu cinta sejati,
pintu-pintu kasih sayang,
pintu-pintu rezeki,
pintu-pintu ilmu,
pintu-pintu keampunan dan
pintu-pintu syurga.
Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Isnin, September 16, 2013

Doa Pembuka Apa yang Tertutup

Saja ingin kongsikan doa ini hari ini. Elok diamalkan untuk merawat penyakit hati dan minda kita yang 'tertutup'. Misalnya hati dan minda yang tertutup untuk melakukan kebaikan, tertutup untuk melakukan ibadah, tertutup untuk mendengar teguran atau nasihat dan tertutup untuk membuat perubahan positif dalam diri. Sama-samalah kita cuba amalkan.

Klik imej untuk paparan yang lebih jelas.

Rabu, Julai 17, 2013

Doa Ketika Basuh Beras

Salam 8 Ramadhan! Dah masuk minggu kedua kita berpuasa. Alhamdulillah, semoga kita mampu jalani ibadah-ibadah di bulan puasa ni dengan sempurna.

OK. Hari ni aku nak kongsi doa yang boleh kita amalkan setiap kali nak masak nasi untuk keluarga. Bacakan doa ni ketika sedang membasuh beras.



Ya Allah, lembutkan hati kami untuk faham agamamu sebagaimana engkau lembutkan beras ini hingga menjadi nasi.

Basuh beras tu dengan buat pusingan lawan arah jam (anti clockwise) beberapa kali. Kemudian masaklah seperti biasa. 

Isnin, Julai 15, 2013

Bacaan Doa dalam Sujud Akhir Ketika Solat



Ya Allah,
tambahkanlah bagiku 
rezeki yang banyak lagi halal,
iman yang benar, ilmu yang bermanfaat,
kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi,
hati yang bersih dan kejayaan yang besar.

Sabtu, Mac 31, 2012

Doa Memohon Ditambahkan Ilmu Dalam Diri



Doa Memohon Ditambahkan Ilmu Dalam Diri

اللَّــهُمَّ انْـفَعْنِي بِمَا عَلَّمْـتَنِي

 

 وَ عَلِّمْنِي مَا يَنْـفَـعُـنِي 


وَزِدْنِي عِلْماً 


 الْحَمْدُ للَّـهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ


وَأَعُوذُ بِاللَّـهِ مِنْ حَالِ أَهْلِ النَّارِ



Terjemahan:

"Ya Allah berikanlah kepadaku manfaat atas segala yang Engkau ajarkan, dan ajarkanlah kepadaku apa yang memberi manfaat dan tambahkanlah ilmuku. Syukur kepada-Mu atas segalaperkara, aku memohon perlindungan dari-Mu dari keadaan ahli neraka."

Rabu, Januari 18, 2012

Zikir Ketika Berada dalam Cuaca Panas

"Panas betul sekarang nih!"


"Tak laratlah nak keluar ... cuaca sekarang terik..."


"Sekarang cepat penat. Badan alah pada cuaca panas."


Biasa dengar, bukan? Aku pun selalu keluar 'remarks' macam ni. Belakangan ni, cuaca memang panasnya lain macam sikit. Kat tempat aku, dah lama tak hujan. Terik matahari kat luar tu, kalaulah kita pecahkan telur dan biarkan...confirm boleh masak jadi telur mata kerbau! Hehehe boleh buat lunch ;)

So, hari ni aku nak share dengan korang semua -  ketika dalam kepanasan atau berada dalam cuaca yang panas zikirkanlah nama Allah 'Ya Latif' sepenuh hati dan berulang-ulang kali. 'Ya Latif' bermaksud Yang Maha Lembut. Nama Allah ini digunakan dalam banyak amalan lain contohnya untuk lembutkan hati anak-anak, redakan perasaan marah dan tatkala kita nak berdepan dengan orang yang sukar dibawa berbincang.

Aku belajar tentang zikir 'Ya Latif' untuk cuaca panas ni sejak zaman sekolah dulu. Kalau tak silap, dari salah sebuah buku Hajat (99 Nama Allah). Insya Allah, apabila dizikirkan berulang-kali, Allah akan kurniakan keselesaan pada kita. Walaupun panas terik, dengan izin-Nya, akan ada angin/udara lembut yang mendinginkan kita.


Sabtu, November 19, 2011

Zikir untuk Mengatasi Rasa Letih atau Penat

Rasa penat? Tak larat? Letih dan lesu? Tapi kerja masih banyak,...hari masih panjang....urusan banyak yang masih belum selesai?! Jangan bimbang. Zikirkan nama Allah yang berikut:

Ya Qawwiyu Ya Matin
(Maha Kuat Maha Kukuh)

Zikirkanlah berulang kali nama Allah di atas. Insya Allah, akan dikurniakan kekuatan untuk kita meneruskan kerja atau tugasan yang masih bersisa. Aku biasa amalkan zikir ini sebab ringkas dan mudah. Alhamdulillah, memang berkesan. Tidaklah rasa penat tu terus hilang dengan ajaibnya! Tetapi Allah akan beri kita tenaga untuk memudahkan urusan harian kita.

Selain itu, di kala menghadapi sebarang kesulitan, zikirkan 'Ya Matin 'banyak-banyak dengan hati yang ikhlas. Dengan izin-Nya, kesulitan kita akan lenyap atau diringankan oleh Allah.

Ahad, Oktober 30, 2011

Stress? Tertekan? Baca doa ini.

Assalamu'alaikum. Selamat Hari Ahad! Selamat berhujung minggu :)

Pagi tadi lepas Subuh, aku belek-belek buku doa - Doa & Zikir Harian oleh Ustaz Zahazan Mohamed (Terbitan Telaga Biru). Nak buat breakfast awal lagi. So, bacalah buku sikit buat tambah ilmu. Satu ayat pun jadilah. Belajar benda baru untuk diamalkan.

Banyak doa mudah yang boleh dipraktikkan dalam buku ni. Yang menariknya, buku ni bersaiz kecil, jadi mudahlah nak dibawa ke mana-mana. As usual, dari segi persembahan, buku-buku terbitan Telaga Biru memang menarik! Sesuai dijadikan koleksi persendirian atau untuk perpustakaan keluarga. Saya sendiri sudah miliki beberapa buku ilmiah dan islamik terbitan syarikat ini.

Hari ini, aku ingin kongsi salah satu ilmu baru yang telah saya pelajari. Seuntai doa untuk bantu kita atasi tekanan atau stress. Dunia hari ini, perkara remeh-temeh pun boleh buat kita tertekan, kan? Jangan stress! Tekanan dan tertekan sangat tidak elok untuk kesihatan. Baca dan amalkanlah doa kat bawah ini.


*Klik pada gambar untuk paparan lebih besar.


Sabtu, Oktober 08, 2011

Bacaan Sebelum Masuk ke Rumah untuk Hindari Gangguan Syaitan

Salam Sabtu! Moga hari ini semunya berjalan lancar. Yang rehat dapat rehat. Yang kerja dapat laksanakan kerja hingga langsai. Yang jalan-jalan selamat perjalanan pergi baliknya.

Di bawah ni ada ayat yang boleh kita baca sebelum masuk ke rumah. Yelah, kadang-kadang balik kerja lewat malam atau pergi jalan-jalan merata tempat, bimbang juga jika 'terbawa' balik apa-apa yang bukan-bukan. Bacalah ayat ini, Insya Allah tidaklah ada syaitan yang ikut masuk ke rumah. Dengan izin-Nya juga, akan terhindarlah kita daripada sebarang gangguan syaitan.



 
Terjemahan: Tiada suatu jiwa melainkan diawasi penjaganya
[Surah At-Tariq: Ayat 4]

Jumaat, Oktober 07, 2011

Selawat Syifa'

Salam Hari Jumaat! Semoga hari ini penuh dengan keberkatan untuk kita semua.

Hari ini saya ingin kongsi tentang Selawat Syifa'. Selawat ini elok dibaca dan diamalkan ketika kita sakit atau kurang sihat. Lebih baik jika selawat ini dihafal dan dijadikan amalan harian.




Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.

Rabu, Oktober 05, 2011

Doa Mohon Dipermudah Kesusahan atau Kesulitan

Hmmm, hari ni aku nak kongsi doa ringkas dan mudah untuk diamalkan tatkala kita berdepan dengan kesulitan. Ayat ni daripada Surah 'Abasa, Ayat 22. Pendek je, jadi senanglah nak dihafal :) Amalkan baca doa ni di saat-saat kita ada masalah dalam urusan kehidupan harian. Mohon dengan kesungguhan agar Allah lorongkan jalan dan mudahkan apa-apa yang menyulitkan kita. Insya Allah!


 Terjemahan: Kemudian jalan (baik dan jahat), dimudahkan Tuhan kepadanya (untuk menimbang dan mengambil mana satu yang ia pilih).


Semoga doa ini dapat dimanfaatkan :)