Memaparkan catatan dengan label Hidup Lebih Sihat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hidup Lebih Sihat. Papar semua catatan

Selasa, Jun 10, 2014

Resepi Salad Timun Mudah

Cepat, mudah dan refreshing!

Salad timun yang crunchy :)

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 - 2 biji timun
  • 1 biji lemon (parut kulitnya dan perah 1/2 biji lemon untuk dapatkan jus)
  • 1 labu bawang besar (hiris)
  • 1 sudu besar Extra Virgin Olive Oil (kalau tak ada, minyak zaitun biasa pun OK)
  • 1 tangkai daun pudina
  • beberapa helai daun limau (hiris halus)
  • garam secukup rasa

Cara-cara penyediaan:
  •  Masukkan timun dan bawang yang telah dipotong ke dalam mangkuk sederhana besar. 
  • Masukkan pula minyak zaitun, jus lemon (Jangan masuk kesemuanya sekali gus. Takut nanti terlebih masam pula.), parutan kulit lemon, hirisan daun limau dan daun pudina.
  • Perasakan dengan garam. Gaul hingga sebati.
  • Sedia untuk dihidangkan :)

Saya suka serve salad timun ni dalam keadaaan sejuk. Jadi, saya akan sediakan lebih awal dan simpan di dalam peti sejuk. Bila nak makan, baru hidang. Salad timun dingin dengan rasa sitrus,...sangat menyegarkan!!! Cubalah!

Ahad, April 06, 2014

Resepi Minyak Bawang Putih

Minyak bawang putih ini banyak kegunaannya. Selain digunakan dalam penyediaan lauk-pauk, minyak ini sesuai dijadikan 'marinade' untuk perap ayam ataupun 'dressing' untuk salad kegemaran kalian. Bagi yang suka makan pasta, setelah pasta direbus dan ditos, titiskan minyak ini -- gaul hingga sekata bagi medapatkan aroma bawang putih yang menyelerakan.

Cara penyediaannya sangat mudah.


Resepi Minyak Bawang Putih (untuk 1 cawan)

Bahan-bahan:
  • 1 labu bawang putih
  • 1 cawan Extra Virgin Olive Oil

Cara-caranya:
  1. Kupas bawang putih dan tumbuk sedikit. 
  2. Masukkan bawang putih dan Extra Virgin Olive Oil ke dalam periuk kecil. Masak atas api sederhana selama lebih kurang 3 minit.
  3. Apabila bawang putih mula bertukar warna menjadi keperangan, perlahankan api. Masak lagi selama 10 minit.
  4. Setelah siap, biarkan sejuk sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara. (Boleh tahan selama 1 - 2 minggu jika disimpan di dalam peti sejuk.)

Inginkan sesuatu yang mudah untuk minum petang?
Hidangkan minyak bawang putih ini sebagai 'dipping' untuk dimakandengan roti bakar atau scone :)

Cuba lihat Resepi Jeruk Bawang Putih pula di sini.

Selasa, Mac 25, 2014

50 Sebab Perlu Bersenam

Dah lama saya ada poster ni dalam i-pad. Sekalipun ada 50 sebab mengapa kita perlu bersenam,...sangat jarangggggg sebab-sebab ini berjaya memotivasikan saya untuk exercise. Dah parah sangat dah ni! 


Hmm,..lepas ni setiap kali bangun tidur kena pilih satu sebab khusus untuk bersenam. Kenapa perlu bersenam? Well, number 50 sums it all :)




Isnin, Januari 20, 2014

Jus untuk Turunkan Kadar Gula dalam Darah


Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 biji epal hijau
  • 1 batang saderi (celery)
  • 1 biji peria kecil
  • 1/2 biji timun
  • Jus daripada 1/2 biji lemon
Cara-cara Penyediaan:
Kisarkan semua bahan-bahan di atas. Hidangkan dengan ais atau sejukkan terlebih dahulu. Jika anda tidak gemar akan tekstur jus yang terlalu berserat, tapis jus sebelum diminum.

Jus di atas elok diamalkan untuk menurunkan paras gula dalam darah. Moga-moga dengan menjaga pemakanan dan kerap minum jus ini kita dapat hindari penyakit diabetes. Kandungannya yang berserat juga elok untuk tubuh. Sebelum ini saya biasa amalkan buat jus peria dengan epal hijau atau peria dengan lobak merah. Sekarang, tukar selera buat jus ini pula. Bahan-bahannya pun mudah didapati dan kebiasaannya ada di rumah. Jus ini juga elok diamalkan oleh pesakit darah tinggi sebab ada celery dan epal hijau.

*Tidak sesuai untuk pesakit buah pinggang yang perlu mengehadkan pengambilan potassium alam diet harian.