Rabu, Januari 22, 2014

Sambal Hijau Ikan Bilis dengan Biji Cempedak

Belakangan ni ibu murah rezeki cempedak. Kawan-kawannya yang ada dusun dan kebun rajin beri ibu buah cempedak. Beraya sakanlah kami sekeluarga makan cempedak goreng. Tak cukup dengan itu, biji-biji cempedak yang tak dimakan kitorang pakat simpan. Tak buang tau! Untuk apa?

Tattadaaaa! Untuk buat lauk. Di bawah ini salah satu menu menggunakan biji cempedak.


Biji cempedak tu direbus terlebih dahulu. Then, dikupas kulitnya. Buat sambal ikut citarasa sendiri. Saya buat sambal hijau. Teringin nak makan pedas-pedas sikit. Dah siap sambalnya, gaulkan dengan ikan bilis goreng dan biji cempedak yang telah dipotong. Bayangkanlah makan sambal yang pedas menyengat bersulam dengan kerangupan ikan bilis dan rasa lemak-lemak biji cempedak. Fuhhh! Terangkat!!

Isnin, Januari 20, 2014

Jus untuk Turunkan Kadar Gula dalam Darah


Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 biji epal hijau
  • 1 batang saderi (celery)
  • 1 biji peria kecil
  • 1/2 biji timun
  • Jus daripada 1/2 biji lemon
Cara-cara Penyediaan:
Kisarkan semua bahan-bahan di atas. Hidangkan dengan ais atau sejukkan terlebih dahulu. Jika anda tidak gemar akan tekstur jus yang terlalu berserat, tapis jus sebelum diminum.

Jus di atas elok diamalkan untuk menurunkan paras gula dalam darah. Moga-moga dengan menjaga pemakanan dan kerap minum jus ini kita dapat hindari penyakit diabetes. Kandungannya yang berserat juga elok untuk tubuh. Sebelum ini saya biasa amalkan buat jus peria dengan epal hijau atau peria dengan lobak merah. Sekarang, tukar selera buat jus ini pula. Bahan-bahannya pun mudah didapati dan kebiasaannya ada di rumah. Jus ini juga elok diamalkan oleh pesakit darah tinggi sebab ada celery dan epal hijau.

*Tidak sesuai untuk pesakit buah pinggang yang perlu mengehadkan pengambilan potassium alam diet harian.