Khamis, September 11, 2014

Rak Rempah Ratus Idaman

Wahhhhhhh! Buntang mata saya tengok rak rempah ni. Dah nampak seperti robot kecil pun ada! Bestnya kalau ada sebijik macam ni. Letak atas kaunter kitchen island. Sejuk mata pandang aneka rempah setiap hari. Hmmm, tu kena tunggu bila saya berjaya bina dapur idaman sendiri lah :)
Sumber Imej: Perkongsian di Facebook
Bayangkan betapa seronoknya ada pelbagai jenis rempah yang tersimpan cantik kemas begini. Siap berlabel lagi! Tapi, bila difikir-fikir balik, bukannya setiap hari saya masak guna rempah. Kemudian, rempah-rempah tu tidak semua yang sesuai digunakan untuk hidangan hari - hari. Nanti, tidak pasal-pasal jadi 'stale' begitu sahaja sebab tersimpan lama. 

Selalunya, untuk mengekalkan kesegaran dan aroma rempah ratus yang dibeli, kita mesti guna dalam tempoh enam bulan selepas dibuka/dikeluarkan dari packaging. Kalau selepas enam bulan, bukanlah tak boleh guna. Boleh. Cuma rasa rempah tu dah tak ummmphhhh!

Apapun, inilah rak rempah idaman saya! Suka! Suka! Suka!

Kord Gitar Salam Terakhir - ST12 (Easy Guitar Chords)

Kord Gitar From FAMF Tower

Kord Gitar dan Lirik Salam Terakhir – ST12

Dendangan Asal Sudirman Hj Arshad


Am Dm Am
Sampaikan salam buat semua
Am Dm G C
Salam terakhir salam teristimewa
A Dm E
Kepada kau yang tersayang
Am G F
Pada teman yang ku kenang
Dm F E
Pemergian ku ini tak dirancang

Am Dm Am
Usah bertanya mengapa aku
Am Dm G C
Mengucap salam terakhir kepada mu
A Dm E
Kerna waktu berputaran
Am G F
Bimbang tak berkesempatan
Dm E Am
Melahirkan kerinduan terhadapmu

Am Dm
Demi sebuah kenyataan
G C
Yang amat menyakitkan
A Dm
Aku yang tidak berdaya
F E
Hanya berserah pada-Mu

Am Dm
Salam akhir salam yang teristimewa
G C
Bersama-Nya ku memohon ampunan
Dm E F
Melalui-Nya ku beri kemaafan
E
Kepadamu

Am Dm
Demi sebuah kenyataan
G C
Yang amat menyakitkan
A Dm
Aku yang tidak berdaya
F E
Hanya berserah pada-Mu

Am Dm
Salam akhir salam yang teristimewa
G C
Bersama-Nya ku memohon ampunan
Dm E F
Melalui-Nya ku beri kemaafan
E
Kepadamu

Am Dm
Salam akhir salam yang teristimewa
G C
Bersama-Nya ku memohon ampunan
Dm E F
Melalui-Nya ku beri kemaafan
E
Kepadamu

Am Dm Am
Andainya aku punya waktu
Am Dm G C
Masih ku ingin mengulangi semula
A Dm E
Saat indah bersamamu
Am G F
Sayang tak berkesempatan
Dm E Am
Abadikan saja salam ku di ingatan

E F G Am
Salamku yang terakhir



Rabu, September 10, 2014

Beli Kertas Kraf Lagi

Seleksi Kertas Kraf PopArtz
Baru-baru ni sempat pergi POPULAR. Bott nak beli some stationeries. Saya pun apa lagi,..laju je melangkah ke bahagian barang dan peralatan kraf. Wahhhhhhh! Kertas-kertas kraf tengah diskaun 30%! Ohh ...how can I say NO!

Satu demi satu paper pack yang ada saya belek. Please jangan ada yang baru,..please... Saya tengah tahan diri daripada beli barang-barang kraf buat sementara waktu. Nak kumpul duit untuk jalan-jalan kononnya. Tumpas jugak! Tak dapat kata tidak pada design kertas dan kad yang cantik-cantik. Kat atas tulah hasil tangkapan saya.

  • 1 Embellishment Value Pack
  • 3 Easy Cardmaking Pad
  • 1 Designer Paper (Romantica)
  • 1 Kraft Basics Cardstock Pad

Jadi, bagi sesiapa yang suka buat kad dan scrapbook atau yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia kraf kertas, kunjungilah POPULAR terdekat ye. Bagi saya 30% diskaun untuk item-item di atas sangat berbaloi!