Selamat Hari Isnin!
Selamat Memulakan Minggu Baru!
Senyum sikit,...lebar sikit,...haaaa,...kan sweet begitu! :)
Hari ni free. So, lepas kemas-kemas bilik, saya layan sebuah filem Bollywood - Ek Villain lakonan Shraddha Kapoor dan Sidharth Malhotra. Hari tu baca review dekat blog Amy Syeera, terus menggagau cari cerita tu. Lagipun, dah lama benar saya tak tonton cerita Hindustan. Filem hindustan sekarang tak macam dulu, susah nak jumpa yang berbaloi ditonton.
Credit |
Anyway, Ek Villain memenuhi expectation! Jalan cerita menarik dan sweet. Cara plot cerita disusun pun sangat baik. Mengisahkan tentang seorang pemuda 'orang jahat' (faham-faham sajalah 'orang jahat' cerita Hindustan macam mana..) yang berubah hidupnya dengan kehadiran seorang gadis. Bunyi macam tipikal kan,...not quite. Apa yang berlaku dalam relationship mereka tu yang interesting!
Cerita ni romantic thriller, fast move dan akan buat kita tertanya-tanya,...ada banyak flashbacks, masuk cerita si A, kait pula cerita si B, dan di penghujungnya barulah semua puzzles settled and all the dots connected :)