Khamis, Oktober 01, 2015

Persahabatan Minions


Credit


Bukan tempoh masa yang menjadi tali pengukur sebuah persahabatan,
tetapi 
siapa yang datang,
hadir,
setia temani kita,
dan tidak tinggalkan kita.



Psst! Nak berkenalan dengan minions? Tungguuuuuu!


Petua Hilangkan Bengkak Gigitan Kucing

Salam 1 Oktober!

Sekitar minggu perayaan Hari Raya Qurban, jari saya digigit oleh kucing kesayangan. Tak teruk dan tak luka pun tapi terbenamlah sikit giginya yang tajam tu. Si Yuri ni memang jenis suka cakar dan suka gigit. Saya pernah ceritakan di entri ...tapi dia tak calarkan hati kita. Dah biasa kena. Di rumah ni pun, saya seorang je yang berani nak usap, peluk atau gomol dia.

Cuma kali ini, saya cuai. Saya lupa nak bersihkan tangan yang digigit. PENTING! Perkara pertama yang kita kena buat apabila digigit atau dicakar kucing ialah bersihkan luka dengan air yang bersih. Tengok separah mana kecederaannya. Kemudian sapulah dengan antiseptik seperti Betadine. 

Betadine Antiseptic Solution
 Shopee  |  Lazada


Jika teruk, segera jumpa doktor untuk dapatkan rawatan. Bab luka gigitan dan cakaran kucing tak boleh pandang enteng.

Rabu, September 30, 2015

Goodbye, September

Bulan September dah berakhir. Bulan ni rasanya antara bulan yang saya rasa sangat - sangat memenatkan.
Banyak kerja nak kena buat,
banyak cuti,..
banyak kelas nak kena ganti,..
banyak deadlines nak kena kejar,..
banyak kekangan kerja, kekangan masa, kekangan kesihatan (errr,..banyak makan pun ye jugak!),..
Finally, it's 30 September 2015.

Kepenatan.
Artwork by Sekra

Kalau check organizer, rasanya Oktober ni jadual saya lebih ringan. Tak taxing sangat. Bolehlah buat kraf, sediakan hadiah untuk rakan-rakan dan adik-adik yang rajin berkunjung ke tower saya ni. Lazimnya, saya hanya beri hadiah pada pengomen paling top setiap bulan. Tetapi, untuk yang lain-lain pun ada sesuatu yang ingin saya titipkan sebagai tanda penghargaan. Cuma masa tak mengizinkan sangat. Insya Allah, nanti saya uruskan perlahan-lahan. 

Alhamdulillah, jari kena gigit Yuri dah baik. Bengkak je belum surut sepenuhnya. Insya-Allah, masuk bulan baru boleh jalan-jalan intai kalian :) 

Selamat menempuh Bab 10, Buku 2015! 
Have an overwhelming October!


Just because you're mad,..



Just because you're MAD at someone,
doesn't mean 
you STOP LOVING THEM.


...even though that 'someone' in this case is a 'gatal gigi cat' with sharp teeth.