Rabu, Oktober 07, 2015

Resepi Telur Goreng Berlada

Hidangan telur goreng berlada yang menjadi kegemaran keluarga saya. Mudah dan cepat disediakan. Rasa-rasa dah bosan makan daging atau ayam, kita beralih ke hidangan telur pula :)

Telur Goreng Berlada

Isnin, Oktober 05, 2015

Party Theme - Breakfast at Tiffany's (Part 2)

Entri ini merupakan entri susulan untuk Party Theme - Breakfast at Tiffany's (Part 1)


Pada Bahagian 1, saya dah kongsi main decorations untuk tema BAT ni. Kita ada main frame, photo booth props, double-sided frames with quotes and mini banner. Selebihnya yang saya tunjukkkan ialah minor details untuk lengkapkan lagi majlis :)




Ahad, Oktober 04, 2015

Snek Gatal Gigi - Kuaci Sangai

Buat stok untuk kunyah-kunyah. Kuaci :)


Saya gunakan:

  • 100g sunflower seeds
  • 50g melon seeeds

Langkah-langkah mudah penyediaan:

  1. Sangai (dry toast) atas kuali leper dengan api sederhana perlahan hingga warnanya bertukar keperangan. Jangan lama sangat, nanti hangit pula. Dalam 3 ke 5 minit. Once bau nutty dah naik, boleh padamkan api.
  2. Taburkan garam secukup rasa. Gaul sekata.
  3. Biarkan sejuk. Kemudian, simpan dalam bekas kedap udara.