Isnin, April 11, 2016

Pemenang Bertuah Tolong Pilih Superhero

Assalamu'alaikum,
Selamat memulakan minggu baru!

Saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi tolong saya untuk pilih Superhero hasil imaginasi anak-anak cilik saya. Boleh baca mengenainya di sini. Memandangkan saya tidak available pada hujung Mac dan awal April, pengumuman pemenang pun terpaksa ditunda. Baru Khamis lepas sempat umumkan pada mereka.

By majority, superhero yang berjaya menambat hati kebanyakan pembaca di tower ini ialah Superhero 03. Superhero 02 pula mendapat tempat kedua.

Sabtu, April 09, 2016

Tetamu Hebat Mac FAMF Tower

Assalamu'alaikum,
Maaf, terlewat seminggu publish entri pnghargaan kepada rakan-rakan blogger yang rajin komen. Bukan calang-calang komen tau. Extraordinary! Luar biasa! Seperti bulan ini, awal Mac lepas saya tiada. Meskipun begitu, tower tidak kosong, tidak sunyi langsung sebab ada Ketua Hulubalang dan Ketua Inang yang gagah gigih beraksi. Ratus-ratus komen mereka tinggal di sini. Selang sehari tukar ranking. Sekejap si hulubalang jadi juara. The next day, si inang pula. Saya yang dapat intai blog sekejap-sekejap untuk approve comments hanya mampu tersengih-sengih.

Bulan Mac, semua tetamu hebat saya muka-muka yang familiar. Ada yang konsisten datang komen saban hari. Ada juga yang sekali datang hantar komen pukal. Sis Jari Manis sekali datang terus jadi Jari Lincah. Siti Yang Menaip pula tukar nama kejap - Siti Yang Memecut ;)