Rabu, September 12, 2018

Resepi Air Fryer - Cucur Keledek

Resepi cucur keledek air fryer di akhir entri.

Saya ini memang penggemar cucur @ cekodok @ godok. Tak kisahlah, apa jenis cucur semua memang ON aje. Dahulu semasa kecil, memang gemar sangat makan cucur bawang. Pengasuh saya, Mak Tina akan buatkan cucur bawang untuk makan depan TV petang-petang sambil tengok kartun.

Masa sekolah menengah pula, tinggal saya seorang je di rumah dengan ibu dan baba. Adik-adik lain duduk dekat asrama. Tiap-tiap pagi Cekebon akan buatkan pelbagai versi godok untuk saya bersarapan dan bawa bekal ke sekolah. Antaranya, godok bawang, godok ikan bilis, godok isi ketam, godok fish cake dan macam-macam lagi.

Dalam banyak-banyak cekodok Cekebon, cucur keledek antara yang paling saya suka. Lemak manis gitu. Apabila tergigit potongan keledek tu, nikmatnya!

Lihat juga: Resepi Bebola Keledek Viral


Kebetulan ada satu keledek kecil di dapur. Lebihan keledek yang Cekengah beli untuk diet dia. Bila tinggal satu ketul kecil tu, nak dibakar pun alang-alang. Jadi, saya dadukan kecil-kecil, masukkan ke dalam adunan cucur.

Disebabkan dah nak makan tepung (faham-fahamlah kalorinya berapa banyak), rasa insaf tu adalah terlintas di hati. Makanya, kita buat cekodok keledek guna air fryer. Tak perlu minyak. Tak perlu deep fry. Cuma, jika nak buat cekodok air fryer, tak bolehlah pakai bater cair biasa. Tepung adunan perlu dijadikan doh terlebih dahulu macam style buat cucur kembung manis yang viral tu.

Cucur Keledek Air Fryer 

Selasa, September 11, 2018

Buat Kad dengan Coffee Clear Stamps

Untuk projek kraf (buat kad atau scrapbook layout), saya selalu beli clear stamps ikut tema. Misalnya birthday, bunga-bungaan dan travel. Senang nanti nak buat design kalau dah ada set yang bertema begini.

Di bawah ini antara koleksi clear stamps saya dengan tema kopi. Faham-faham sahajalah, saya dengan kopi memang tak boleh pisah. Buat kad dan scrapbook pun nak heret elemen kopi juga! 

Memang suka sangat dengan ketiga-tiga set ni. Comel-comel! Geram!


Alang-alang dah ada depan mata,...dah belek-belek, terus decide nak buat kad. Saya suka dengan stamps yang kecil-kecil tu (atas sebelah kiri). Tetapi, jika nak pilih satu sahaja dan djadikan hiasan utama kad macam kecil sangat pula.

Jadi, saya guna beberapa stamps sekaligus dan hasilkan latar belakang untuk kad. Di bawah ini salah satu daripada hasilnya. Saya guna teknik tone-on-tone. Maknanya saya stamp guna dakwat yang sama shades atau tona dengan warna kad.