Rabu, Ogos 12, 2020

Jadi Puspawangi dalam Musang Berjanggut

Assalamu’alaikum. Apa khabar semua?

Lama saya tidak bersiaran dengan entri baharu. Dalam sebulan lebih jugalah. Maaf banyak-banyak, kalian berkunjung ke mari saya tiada di rumah 😊 Sibuk lunaskan urusan hakiki di luar, terabailah blog jawabnya. Saya sedang dalam proses untuk relocate kedai, jadi banyak perkara yang perlu diselesaikan. Tolong doakan agar semuanya berjalan lancar ya. 

Bagi adik-adik dan teman-teman yang setia datang melawat tower saya ini, tinggal jejak, tinggal komen, domo arigato! Saya amat hargainya. Inshaa Allah, saya akan balas kunjungan kalian tetapi mungkin ambil sedikit masa. Komen-komen yang ditinggalkan pun, saya baca setiap satu. Cuma tak cukup kudrat nak balas je. Apapun, saya doakan kalian semua baik-baik dan berada dalam lindungan Allah sentiasa.

OK, hari tiada apa yang istimewa untuk dikongsi. Cuma nak cerita krisis dapur yang saya alami baru-baru ini. Belakangan ini, saya memang terlalu sibuk sehingga tidak sempat nak pergi beli barang dapur. Dahulu, inilah aktiviti kegemaran saya - pergi pasar/shopping mall...belek-belek barang, compare harga, choose the best produce that I could get...Now, no more. Yelah, sejak kita semua kena beradaptasi dengan norma baharu ni, banyak bendalah yang berubah. 

So, minggu tu Bott yang kena pergi buat grocery shopping sorang-sorang. Saya kena masak nak jamu orang, buatlah senarai barang yang perlu dibeli ikut menu yang hendak disediakan. Siap pesan dekat Bott, kalau ada barang yang tak ada, pandai-pandailah beli apa yang patut sebagai ganti. Tak perlu pergi banyak-banyak kedai untuk cari. Yelah, kalau boleh, minimakan masa di luar dan di tempat awam.

Sampai je rumah, Bott kasi ayat power, "Kau kena bersedia jadi Puspawangi!" Ingat lagi tak watak Puspawangi dalam filem 'Musang Berjanggut'? Hahahah! Nak tahu kenapa kena jadi Puspawangi? 

Selasa, Jun 30, 2020

Kad Hari Lahir | Birthday Cards

Sepanjang tempoh berkurung di rumah, selain di dapur dan ruang menonton, (jadi couch potato marathon tengok TV shows back-to-back) masa saya banyak dihabiskan di dalam bilik kraf. Saya tulis jurnal, hias jurnal, buat scrapbook... masa terluang yang ada inilah digunakan untuk memory keeping. Selama ini, gambar dan barang-barang untuk scrapbooking makin hari makin menimbun saya lambakkan atas meja kerja. Terbiar begitu sahaja. Tak jumpa masa yang sesuai untuk duduk potong-potong, tampal-tampal dan hias-hias ni. 


Alang-alang dah kemas bilik kraf tu, saya buat inventori untuk kad-kad ucapan yang masih ada dalam simpanan saya. Selalunya, apabila selesai buat kad, saya masukkan je dalam kotak khas. Kali ini terlebih rajin. Saya susun ikut kategori. Senanglah nanti apabila perlukan kad ucapan, saya tahu mana yang sedia ada untuk digunakan, mana yang kena buat.


Di bawah ini, ada lima keping kad ucapan hari lahir. Apa yang buat saya puas hati sangat, kad-kad ini saya hasilkan menggunakan lebihan kertas-kertas yang ada. Lazimnya apabila saya buat kad, hias jurnal atau scrapbook, pasti akan ada jalur atau lebihan kertas-kertas bercorak yang berbaki. Semua itu akan saya simpan dalam kotak khas. Ada masa lapang, saya akan tengok balik cebisan-cebisan kertas tersebut dan cuba guna mana yang boleh untuk buat kad ucapan yang simple. Tak adalah membazir. Sayang tau kalau kertas cantik-cantik dibuang begitu sahaja.