Rabu, November 04, 2020

Resepi Popcorn Tauhu

Hai semua! Hari ini saya ingin kongsi satu lagi hidangan mudah berasaskan tauhu. Popcorn tauhu. Boleh dijadikan lauk, makan bersama nasi atau sediakan sebagai makanan cekut untuk dihidangkan kepada keluarga atau tetamu. Hendak masak popcorn tauhu ini sangat mudah. Bahan utama yang kalian perlukan ialah tauhu dan Tepung Bestari. Ya, betul. Tepung Serbaguna Bestari yang orang selalu guna untuk buat goreng-gorengan tu. 

Beginilah rupa paras kejadiannya.

Popcorn tauhu yang enak!

Terliur tak? Sudah rangup bersalut begini, orang yang kurang gemar makan tauhu pun akan suka tau! OK, waktu untuk intai resepi.

Selasa, November 03, 2020

Buat Tag Mini

Assalamualaikum. 

Hari ini saya ingin kongsi tag mini yang saya buat untuk projek-projek kraf saya menggunakan set dies yang saya beli di Lazada. Sudah namanya pun tag mini, maka kecil sahaja saiznya. Satu tag berukuran lebih kurang 6 x 4 cm sahaja. Tidak silap saya ketika saya beli harga untuk kesemua empat set dies di bawah dalam lebih kurang RM10. Tidak lebih daripada itu. Murah, kan?

Ini rupanya set dies saya. Ada empat bentuk potongan + 4 embossing patterns. Berbaloi sangat-sangat! Setiap die tajam dan potongan yang terhasil sangat kemas. Jika ingin tag kosong gunakan die sahaja (bingkai yang berlubang tu). Jika ingin ada corak timbul (embossed) pada tag yang kita buat, gunakan kedua-dua sekali termasuk plat bercorak yang disertakan.

Saya lebih gemar buat yang kosong tanpa embossed pattern. Lebih mudah hendak hias dan adalah juga ruang untuk menulis. Dahlah tagnya kecil, ada cetakan corak timbul pula. Nanti sukar nak tulis nota untuk penerima.