Khamis, Jun 10, 2021

Teringin Makan Steamboat

Ini kisah minggu pertama raya. Lama diam dalam draf, baru sekarang sempat hendak terbitkan. Setelah beberapa hari puas menikmati juadah raya, Bott teringin hendak makan steamboat. Nak betulkan alignment tekak katanya hahaha. Jadi, waktu ke pasar raya untuk beli barang dapur, kami belilah serba sedikit bahan-bahan steamboat. 

Kebiasaannya, kami akan makan bebola-bebola dengan sos cili Lingam’s atau sambal hijau. Dapat pula kalau ada bawang goreng dalam minyak tu, memang lagi syoklah. Tetapi, Bott kata kali ni dia nak cuba buat sambal sendiri. Kalau dah semangat berkobar-kobar begini, mesti dia ada ternampak kat IG atau Youtube. Bott punya feed di IG dan Youtube semua tentang makanan. 😉

Bukan main gigih orang teringin haa... rajin siap buat plating bagai. Saya di mana? Saya ingat, masa ini saya dah macam buaya tembaga tersadai di atas permaidani di ruang tamu. Kepenatan pergi beli barang dapur konon-kononnya. Pakai pelitup muka semasa keluar benar-benar buat saya exhausted

Isnin, Jun 07, 2021

Biskut Mentega Bawang Putih dan Lemon untuk Minum Petang

Baru-baru ini, sewaktu tengah kebosanan tidak tahu hendak buat apa, saya putuskan untuk bakar biskut. Kebetulan cuaca panas petang tu dan perut pun mula menunjukkan simptom-simptom lapar; bergegaslah saya ke dapur untuk lihat bahan apa yang ada. Seronok juga kalau dapat makan sesuatu yang lemak enak bermentega untuk minum petang.

Saya buat biskut mentega. Tetapi, ini bukan biskut mentega rangup tau sebaliknya jenis cakey, lebih kepada honey butter biscuits yang macam Texas Chicken jual tu. Disebabkan tak rasa macam nak makan biskut manis bermadu, saya buat perasa bawang putih, lemon dan oregano.

Jangan Terlalu Hukum Diri

Saya tertarik dengan tips ini  - How To Not Be Hard on Yourself. 


Sebenarnya dalam hidup, kita tidak boleh terlalu menekan diri kita. Kadang-kadang, apabila sesuatu yang tidak diingini berlaku, kita cenderung untuk salahkan diri secara berlebihan. Mengakui kesilapan dan menerima kelemahan memang nilai yang baik, tetapi tidak perlulah keterlaluan menyalahkan diri.

Lebih teruk lagi jika kita sampai ke tahap bersusah payah semata-mata kerana mahu diterima di mata orang. Kita kena akur, sesetengah perkara ada batas malah dalam sesetengah keadaan, kita tidak perlu sedih atau rasa bersalah andai kita tidak dapat memenuhi jangkaan orang lain terhadap kita.

Macam mana hendak bersikap lebih terbuka dan tidak terus-terusan menghukum diri? Lihat di bawah ini:


Credit goes to Anna Vital.