Selasa, April 19, 2016

Scrabble Tiles untuk Projek Kraf Kertas

Assalamu'alaikum,
Mula-mula sekali, saya nak minta maaf banyak-banyak. Belakangan ini komen-komen di blog memang tak dan balas. Blogwalking pun langsung tak sempat. Nak jengah kawan-kawan memang tak berpeluang langsung. Selain daripada kerja harian yang memang bertimbun-timbun, saya sibuk uruskan birthday party untuk Cekebon dan Dhila. Atas sebab-sebab tertentu, keraian buat mereka perlu diawalkan seminggu. Makanya, brkejar-kejarlah saya menyiapkan itu ini. Plus, ada satu birthday party yang saya dah agreed untuk take charge dari awal tahun lagi. Sabar ye. Nanti apabila semuanya selesai, saya datang bayar hutang :)

Untuk hari ini, saya ingin kongsi tentang printable Scrabble Tiles yang boleh digunakan untuk projek kraf kertas dan DIY kalian.


Boleh download di sini.

Ada banyak pilihan. Google sahaja. Cari di Pinterest pun boleh. Dalam banyak-banyak printable Scrabble Tiles, saya paling suka yang ini daripada diva-girl-parties-and-stuff. Tona warnanya. Ira kayunya. Corak tiles seakan-akan Scrabble tiles yang sebenar.

Saya nak tampal di atas kad/kertas keras supaya tiles lebih tebal dan tahan. Saya juga mahu keratan tiles saya ada frame di sekelilingnya. So, saya cetak Scrabble Tiles di atas kertas sticker yang glossy. Tinggal potong, peel dan tampalkan pada kad/kertas keras. Tak perlu nak guna gam. Less messy. Boleh juga terus cetak atas kad berwarna putih. Kemudian, potong sahaja ikut bentuknya.

Proses potong dan tampal Scrabble Tiles


Setelah dipotong dan ditampal pada kertas keras/kad, saya simpan dalam bekas seperti di atas mengikut huruf. Senanglah nanti apabila kita nak mencari. Scrabble Tiles ini sesuai digunakan untuk buat kad ucapan DIY dan hias scrapbook.

Setakat ini, saya ada tiga projek berjalan serentak yang menggunakan Scrabble Tiles. Dua untuk party planning manakala satu lagi untuk bahan mengajar. Nanti apabila dah settle down sikit, saya kongsi di sini ya.


Psstt!! Tag @faidamf di Instagram dengan sebarang hasil kreativiti yang anda buat berdasarkan tutorial-tutorial di blog ini. Gunakan hashtag #famftowercrafts. Anda mungkin layak memenangi hadiah istimewa daripada saya :) 

14 ulasan:

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.