728 x 90

Selasa, 6 September 2016

Resepi Ayam Masak Lada Hitam


Assalamu'alaikum,
I am away from the tower for a few weeks (or maybe month/s). Ada major commitments yang perlu diselesaikan. So, will not be able to blog for quite some time. Entri-entri sepanjang tempoh ini adalah scheduled and auto published.

Insya-Allah, we'll catch up later. Bila-bila sempat, saya akan singgah blog, jejak kasih dengan kalian. Till then, take care. In case you need to reach me, kindly drop a note at faidamf[at]gmail.com. ~Farrah, 3 September 2016
-----------------------------------

Ayam Masak Lada Hitam ini antara hidangan kegemaran yang saya selalu request pada Bott untuk masak. Sedappppp!!! Lagi-lagi kalau makan dengan nasi panas-panas dilawan pulak dengan telur dadar. Selalunya sebelum Bott hidangkan dish ni, saya masukkan potongan cili api untuk portion saya. Fuhhhh! Berasap terangkat dibuatnya! Ha,..jom tengok resepinya :)

Resepi Mudah Ayam Masak Lada Hitam

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 500g potongan ayam
  • 2 biji kentang (dibelah menjadi wedges dan digoreng terlebih dahulu)
  • 2 labu bawang besar/5 biji bawang merah (dihiris nipis)
  • + 2 - 3 cm halia (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
  • 2 - 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu makan tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
  • 3 - 4 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 biji tomato (dibelah menjadi wedges)
  • garam mengikut citarasa (hanya jika perlu)

Langkah Penyediaan:
  1. Potong ayam dan bersihkan.
  2. Panaskan minyak. Tumis bawang besar/bawang merah, halia dan bawang putih sehingga naik bau.
  3. Sesudah itu masukkan ayam dan gorengkan sehingga ayam masak. Api dapur biar sederhana besar. Terbalik-terbalikkan ayam ketika menggoreng supaya masaknya sekata.
  4. Setelah ayam masak, masukkan kicap pekat, sos tiram, serbuk lada hitam dan bancuhan tepung jagung. Jika perlu, masukkan garam.
  5. Biar seketika hingga kuah memekat. Kemudian, masukkan belahan tomato dan kentang yang telah digoreng. Kacau sekata.
  6. Sedia untuk dihidangkan.
Boleh juga guna hirisan cili merah, cili hijau, daun sup dan daun bawang untuk memeriahkan lagi masakan.

Selamat Mencuba!

36 ulasan:

  1. thanks kak farah! cuti ni leh try buat!

    BalasPadam
  2. ha sedapnya kak Farra. dalam pantang ni memang bagus makan yang ada banyak lada hitam ye tak ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, Cici dalam pantang ye. Maaflah akak dah lama tak jenguk Cici. Nway, congrats on your newborn. Jaga diri baik2 ye :)

      Padam
  3. sedap nampaknya, saya suka masak lada hitam

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. Diet Ikhwan boleh makan ayam kan,... :) apa lagi,...

      Padam
  5. Ayam masak mcm mana pon sedap tapi kalau ltk lada hitam bertambah sedap ler.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setujuuuuuu! Tambah black pepper jadi ayam special ;)

      Padam
  6. sedap nih.. mau bertambah2 nasi kalau makan dengan nasi panas2..

    BalasPadam
  7. yumm.yumm... kalau omputih panggil ni - black papper chicken.hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaah yesss black pepper chicken!

      Padam
  8. Balasan
    1. Zarul leh masak buat bekal bawa gi kerja :)

      Padam
  9. tengok pun nampak sedap... saja tau bagi Firah lapa tengah2 malam... oh nooo !

    BalasPadam
  10. Balasan
    1. Miss u too. Nanti bila ada masa akak singgah blog Firah ye :)

      Padam
  11. Sedapnya nampak! Nanti boleh try...

    BalasPadam
  12. nak rasa sikit... sepinggan pun boleh.. hehe


    jom jenguk sini ya.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jamu mata jelah nampak gayanya. Dah lama habis lauk ni :)

      Padam
  13. yana biasa campok je dalam kuali asal siap asal jadi kekekek

    BalasPadam
  14. btw kalau rajin boleh try edisi akak pulak

    BalasPadam
  15. sis JM nak gantikan dengan daging lah

    BalasPadam
  16. Sedapnya...ayam masak lada hitam....MD belum pernah try masak ayam lada hitam ni...

    BalasPadam
  17. InsyAllah ada masak nak try buat ni...

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...