Memaparkan catatan dengan label Party Planning & Ideas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Party Planning & Ideas. Papar semua catatan

Isnin, Mei 25, 2015

Party Theme - Breakfast at Tiffany's (Part 1)

Sebelum ini saya pernah bercerita tentang persiapan majlis dengan tema Breakfast at Tiffany's. Boleh baca di sini. Hari ini, saya nak kongsi sedikit sebanyak idea yang ada,..yang sesuai untuk tema ini. Memandangkan majlis ini merupakan private event (majlis orang pula tu), saya kurang selesa untuk kongsi gambar-gambar sekitar majlis. Jadi, kita tengok apa yang saya buat di rumah jelah ye :)

Main piece - The Chandelier

Ahad, Mac 29, 2015

Gift Ideas - The OUCH! Kit

Salam Ahad! Another gift idea untuk jadi inspirasi kalian - The OUCH! Kit

The OUCH! Kit? It's a basic first aid kit yang kita personalised untuk someone. Lebih kurang begitulah konsepnya. The OUCH! Kit ini saya buatkan untuk Cekengah. Adik saya, kalau bab ubat-ubatan memang fail sikit. Benda basic macam plaster dan panadol pun tak ada. Well, sometimes ada...tapi dia sendiri tak tahu kat mana dia simpan atau letak. Bila dia batuk ke semput ke dan saya tanya ubat mana,...dia sendiri tak boleh nak locate.

Dari situlah tercetus idea nak buat The OUCH! Kit untuk Cekengah. Saja namakan OUCH! sebab nak bagi nampak fancy sikit :) Jom tengok apa yang kita perlukan.

  • Beg kecil, pouch atau kotak kecil - Kita nak buat kit bersaiz kecil, yang ringan dan portable. Senang masuk beg atau letak dalam kereta.
  • Keperluan asas first aid kit + ubat-ubatan tambahan (jika ada). Untuk Cekengah saya masukkan sekali Salbutamol Inhaler & pil Ventolin (ubat ashtma).
  • Reben dan tag sebagai hiasan.


Abaikan tag Youtube sebab itu sekadar nak sesuaikan dengan tema Social Media Madness sempena birthday dia awal Mac yang lalu. (Baca di sini - Cekengah's Birthday Lunch)

The OUCH! Kit
Ini kandungan The OUCH! Kit Cekengah.
Isi kandungan kit
  1. Inhaler Asthma
  2. Ubat Ashtma
  3. Plaster
  4. Panadol
  5. Pil 'Chi Kit' Teck Aun (Cekengah suka sakit perut.)
  6. Minyak Angin Cap Kapak
  7. Minyak Kayu Putih (untuk redakan batuk berkahak - sila baca di sini.)

Apa yang nak diisi ke dalam The OUCH! Kit bergantung kepada anda. Yang penting, untuk setiap item, tidak perlu letak dalam kuantiti yang banyak. Nanti dah bulky dan berat, siapa yang larat nak bawa ke sana ke mari :)


Psst! Selalu period pain? Pil 'Chi Kit' Teck Aun sesuai dimakan untuk redakan kesakitan saban bulan :)

Ahad, Mac 22, 2015

Gift Ideas - What I Like About You

Salam Ahad! Hari ini saya nak kongsikan satu idea menarik untuk DIY Gift - What I Like About You Notes

Ingat lagi tak sambutan hari lahir Cekengah yang bertemakan media sosial pada awal Mac? (Baca mengenainya di sini.) Salah satu gift yang saya sediakan untuk Cekengah ialah Her33Likes. Mengangkat tema Facebook, di dalam kotak ini mengandungi 33 catatan 'Like' daripada ahli keluarga dan kawan-kawan Cekengah memberitahu apa yang mereka suka tentang Cekengah@Rena @Koyeen@Ida@Cikibam. Minah ni banyak nama timangan! Mengapa 33? Heheheh sebab tahun ini umurnya cecah 33 tahun! (It's a kind of a gentle reminder to you, sis! Umur dah banyak!)

Cekengah's 33 Likes

Khamis, Mac 05, 2015

Cekengah's Birthday Lunch - Social Media Inspired Theme

Tarikh: 1 Mac 2015
Masa: 11.30 pagi
Tempat: Subak Restaurant, Sungai Penchala
Tema Majlis: Social Media Inspired

Kali ini giliran saya pula untuk rancang sambutan majlis hari lahir Cekengah. Walaupun hanya 'kita-kita aja',..tetapi masing-masing teruja nak bertema. Fikir punya fikir, akhirnya kami pilih 'Social Media' =)

Setiap ahli keluarga kena berpakaian mengikut warna-warna social media seperti Facebook, Instagram, Pinterest, Twitter & Whatsapp. Dapat inspirasi dari gambar di bawah ni.