Khamis, Mei 02, 2024

Makan Malam di Restoran Sunil Shetty

‘Jom makan dekat restoran Sunil Shetty!’ 

Apabila sudah ramai-ramai berkumpul masa raya dan ada yang mencetuskan idea, maka satu rombonganlah pergi serbu Copper Grillhouse, cawangan Copper Chimney (sebuah restoran terkenal India) yang baru dibuka di Taman Tun Dr. Ismail. 

Copper Grillhouse

Bahagian dalam tingkat bawah.

*Kredit gambar - Instagram Copper Grillhouse


Tempat makan ini baru sahaja dibuka pada awal tahun. Disebabkan aktor Sunil Shetty yang merasmikan pembukaannya, terus lekat kami panggil restoran Sunil Shetty. Selalu lalu-lalang sahaja depan restoran ini, tetapi belum berkesempatan singgah makan.

Kebetulan, ada sesuatu yang ingin kami raikan. Jadi, inilah peluang cuba makan di tempat baharu! Tempahan kami pukul 8 malam. 15 orang dewasa. Yang kecil-kecil tidak turut serta.

Copper Grillhouse menawarkan juadah-juadah autentik dari Utara India. Kami pesan itu sedikit, ini sedikit… buek ghaso-ghaso 😊. Antaranya:

  • Chand Chowt Chaat
  • Lamb Rogan Josh 
  • Burrah
  • Signature Kabab Platter Non-veg
  • Gosht Dum Briyani
  • Murg makhani (Butter chicken)

Tetapi, maaflah tiada gambar makanan yang betul-betul proper. Lapar sangat! Makanan sampai terus masuk mulut. Tak sempat nak ambil gambar food dalam keadaan sempurna sebelum diusik.

Antara roti yang dipesan.

Kopi Pagi - Black Sunrise

Assalamualaikum. Selamat pagi!

Biasalah, kena mulakan hari dengan secangkir kopi. Hari ini saya ada banyak urusan pada sebelah pagi. Jadi, saya perlukan sesuatu yang ‘menyengat’ untuk sentak rasa mengantuk dan malas kerja saya. 😅

This is my morning coffee for today. 

Black Sunrise
Bread Bar, Taman Tun Dr. Ismail.

Black Sunrise

Selasa, April 30, 2024

Cucur Roti dengan Sos Mangga

Assalamualaikum. Selamat hari Selasa! Hari terakhir untuk bulan April.

Masih lagi di bulan Syawal. Mood raya tetap ada lagi, kan? 

Ini gambar sarapan pagi semalam, cucur roti. Di rumah ini, sekali-sekala apabila mengemas dan membersihkan peti sejuk, pasti akan jumpa lebihan roti. Kadang-kadang tu dalam dua tiga plastik yang berbeza. Plastik tu tinggal tiga keping, plastik ni ada dua keping… jadi, supaya tidak membazir, saya cucurkan sahaja.


Cekodok roti