Isnin, April 07, 2014

Guitar Chords Biar Sampai ke Bintang - Asmidar

Dengar adik saya si Rena karaoke lagu ni petang tadi. Terus jatuh hati dengan melodinya. Buka fail gitar saya, selak-selak sikit sebab seingat saya, lagu Asmidar ni ada dalam koleksi. Tetapi tak pernah ada mood nak cuba main (sebab ada F#m hehehe). Jumpa! Saya kongsi di sini.

Kord Gitar From FAMF Tower


Kord Gitar dan Lirik Biar Sampai ke Bintang - Asmidar 



Em Am
Biar mimpi-mimpi kita
D G
Jejak sampai ke bintang
Em Am
Walau harus menggapai awan
D G
Menongkah arus ini

Am D Em
Aku tahu bukan mudah
G F#m B7
Tapi mimpi ini harus aku

Em Am
Tiada gunung yang terlalu tinggi
D G B7
Tiada lautan yang terlalu luas
Em Am
tuk mereka memisahkan kita
D G
dari mimpi-mimpi kita ini

Am D G
Jangan resah ini takdir
Am C Am
Tuhan mendengarnya
C B7 Em
untuk mebawa mimpi-mimpi kita

Em Am
Biar mimpi sampai ke bintang
D G
Kerna kita semua tahu
Em Am
Kerana ini impian
D G
Setiap satu dari kita



Ahad, April 06, 2014

Resepi Minyak Bawang Putih

Minyak bawang putih ini banyak kegunaannya. Selain digunakan dalam penyediaan lauk-pauk, minyak ini sesuai dijadikan 'marinade' untuk perap ayam ataupun 'dressing' untuk salad kegemaran kalian. Bagi yang suka makan pasta, setelah pasta direbus dan ditos, titiskan minyak ini -- gaul hingga sekata bagi medapatkan aroma bawang putih yang menyelerakan.

Cara penyediaannya sangat mudah.


Resepi Minyak Bawang Putih (untuk 1 cawan)

Bahan-bahan:
  • 1 labu bawang putih
  • 1 cawan Extra Virgin Olive Oil

Cara-caranya:
  1. Kupas bawang putih dan tumbuk sedikit. 
  2. Masukkan bawang putih dan Extra Virgin Olive Oil ke dalam periuk kecil. Masak atas api sederhana selama lebih kurang 3 minit.
  3. Apabila bawang putih mula bertukar warna menjadi keperangan, perlahankan api. Masak lagi selama 10 minit.
  4. Setelah siap, biarkan sejuk sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara. (Boleh tahan selama 1 - 2 minggu jika disimpan di dalam peti sejuk.)

Inginkan sesuatu yang mudah untuk minum petang?
Hidangkan minyak bawang putih ini sebagai 'dipping' untuk dimakandengan roti bakar atau scone :)

Cuba lihat Resepi Jeruk Bawang Putih pula di sini.