Selasa, Jun 10, 2014

Kad Berbentuk 'Cupcake' (Kek Cawan)

Ini kad hari lahir istimewa untuk kawan sekerja Cekengah. Sneak peek bahagian dalam dulu ye. Bahagian luar/depan, kena tunggu kad sampai kepada tuan punya badan. Sebab kat depan tu ada nama dia hehehe nanti tak jadi suprise pula.



Updated 17 Jun 2014

OK, ini bahagian hadapan 'cupcake card' :)



Cutting Mat Baru

Jumaat lepas pergi shopping stok barang dapur. Ramainya orang! Sana-sini sesak! Musim cuti sekolah beginilah gamaknya. Saya kurang gemar pergi shopping waktu-waktu macam ni. Cepat kusut kepala hehehe. Tapi terpaksa gagahkan diri juga. 

Selesai bergelut beli barang, kami singgah masuk POPULAR sekejap. Bott nak beli buku. Saya pula nak beli buku setem baru :) Tengah belek-belek buku setem, Bott datang tayang dekat saya 'cutting mat' besar. Punyalah saya excited! Sebelum ni, saya memang ada 'cutting mat' untuk kraf saya yang bersaiz A4. Memang niat hati nak cari yang slightly bigger. Yang ini, saiz A3, harga RM19.90 (10% diskaun dengan Kad POPULAR), brand DecaMAX. SCORE!

Dah cantik terletak atas meja kraf :)

Oh, sebelum decide nak beli 'cutting mat', ada beberapa perkara yang perlu kita pertimbangkan supaya pembelian kita tu berbaloi. Baca mengenainya di sini -->Ciri-ciri 'Cutting Mat' yang Baik.


Resepi Salad Timun Mudah

Cepat, mudah dan refreshing!

Salad timun yang crunchy :)

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 - 2 biji timun
  • 1 biji lemon (parut kulitnya dan perah 1/2 biji lemon untuk dapatkan jus)
  • 1 labu bawang besar (hiris)
  • 1 sudu besar Extra Virgin Olive Oil (kalau tak ada, minyak zaitun biasa pun OK)
  • 1 tangkai daun pudina
  • beberapa helai daun limau (hiris halus)
  • garam secukup rasa

Cara-cara penyediaan:
  •  Masukkan timun dan bawang yang telah dipotong ke dalam mangkuk sederhana besar. 
  • Masukkan pula minyak zaitun, jus lemon (Jangan masuk kesemuanya sekali gus. Takut nanti terlebih masam pula.), parutan kulit lemon, hirisan daun limau dan daun pudina.
  • Perasakan dengan garam. Gaul hingga sebati.
  • Sedia untuk dihidangkan :)

Saya suka serve salad timun ni dalam keadaaan sejuk. Jadi, saya akan sediakan lebih awal dan simpan di dalam peti sejuk. Bila nak makan, baru hidang. Salad timun dingin dengan rasa sitrus,...sangat menyegarkan!!! Cubalah!

Isnin, Jun 09, 2014

Setem London

Ini koleksi terbaru saya! Cekengah belikan saya setem UK. Setem-setem ni digunakan untuk international postcards. Satu set temanya London Night manakala satu lagi London Day. So, adalah gambar-gambar tarikan utama di London seperti Trafalgar Square, Tower Bridge & Westminster Abbey pada waktu siang dan malam. Arigato gozaimas, Cekengah! Love you!!!

Cantik tak?

Haaa, yang ni close up sikit.