Ahad, Ogos 03, 2014

Kord Gitar Terbaik Bagimu - Dato' Siti Nurhaliza

Tengah bosan, jadi saya cuba buat chords Terbaik Bagimu yang easy. Masih belum sempurna. Kalau saya, saya main guna capo, 4th fret. Nanti nak cuba usahakan chords guna key lain pula. Mana tahu kalau-kalau lagi sedap :)

Kord Gitar From FAMF Tower


Kord Gitar Terbaik Bagimu - Dato' Siti Nurhaliza

Lagu: Ade Govinda 
Lirik: Jeje Govinda



Em Am D G
Rasaku kamu ada
C Am B
Di setiap sedih juga senangku
Em Am D G
Rasanya kamu sudah
C Am B
Menjadi bintang terang hidupku

(Chorus)
Em Am
Masih kurang rasaku
D G
Mencintai hati mu
C Am B
Ingin aku jadi terbaik bagimu

Em Am
Masih kurangkah aku
D G
Menyayangi hatimu
C Am B
Mahu aku mengganti setiap sukarmu
Em
Dengan tenang

Em Am D G
Rasaku kamu ada
C Am B
Di saat senyum juga tangismu
Em Am D G
Rasanya kamu sudah
C Am B
Jadi yang terbaik bagi aku

Ulang (Chorus)

Pssst! B tu kalau jari susah 'nak lari', pakailah B7 :)



Jumaat, Ogos 01, 2014

Buat Fridge Magnet Guna Huruf-huruf Sahibba

Projek petang tadi sebelum makan malam. Dah lama dah simpan tiles SAHIBBA ni. Baru hari ni rajin nak buat something yang boleh digunakan :)


Senang je nak buat. Perlukan magnet kecil dan multipurpose glue :) Insya-Allah, ada kesempatan, saya buatkan tutorialnya.







Rabu, Julai 30, 2014

Syawal 1435H - Peluang Bermanja Sama Bunda & Dede Rena

Salam 3 Syawal!
Apa khabar semua? Bagaimana sambutan lebaran kalian semua setakat ini?
Masih santap ketupat, rendang dan lemang?

Alhamdulillah, walaupun tahun ni saya beraya dengan kaki 'cemeh' sebelah (kaki kiri yang terseliuh belum pulih lagi), sambutan tahun ini besar ertinya buat saya. Actually, sambutan raya tahun ni kind of kami tundakan sedikit sehingga adik lelaki saya dan isterinya pulang dari London minggu hadapan. Tapi sementara tu, kami kat Malaysia ni berayalah juga dengan saudara-mara dan sahabat handai yang lain :)

Apa yang seronok+berertinya raya saya setakat ini,...disebabkan kesakitan saya ni, saya dapat bermanja-manja+mengada-ngada dengan Cekebon dan adik perempuan saya. Semua persiapan raya mereka berdualah yang bertungkus-lumus sediakan. Saya cuma duduk dan kerling-kerling dari jauh je. Diorang tak kasi gerak sangat. Hehehe apa yang saya perlukan semua sampai ke lutut.

Yang syoknya, ibu masakkan favourite dish saya, siapkan makan minum saya. Dah terbaliklah pulak. Patutnya saya yang sediakan semua itu untuknya. Macam tadi, Cekebon dah mula puasa enam. Tapi, siap sediakan roti telur goreng untuk saya bersarapan. Terharulah isk...isk...isk...

Cekengah pula susah-payah kemas katil dan buat tempat yang selesa untuk saya bobok di biliknya. Siap buat foot rest untuk letak kaki yang sakit. Saya nak air kopi panas, dia buatkan. Teringin nak air sejuk, dia ambilkan. Then, penat-penat diorang layan tamu yang datang bertandang, masih sempat lagi urutkan kaki saya yang sakit ni. Habis semua minyak panas, minyak sejuk, minyak tak panas keluar dan guna untuk urut saya. Thanks so much Cekebon & Cekengah! Syawal kali ni, Allah nak tunjuk pada saya kasih tak bersempadan mereka. Moga saya akan lebih menghargai dan menyayangi mereka ;) I love you both VERY MUCH!


Muka bosan Yuri! Dah berapa hari saya tak dapat layan dia main ;)