Khamis, Mei 21, 2015

Saya Cukup Tidak Suka

Catatan untuk Kamu, Kamu dan Kamu


Saya cukup tidak suka, 
apabila hidup saya tengah tenang, 
saya terpaksa selesaikan masalah orang
(yang malangnya berkait dengan saya,..
jika tidak sudah tentu saya buat bena tidak bena.)

Saya paling tidak suka,
apabila saya bersusah payah selesaikan masalah tersebut,
guna kudrat, tenaga dan wang ringgit saya,
cuba jaga hati setiap pihak,
bertindak ibarat menarik rambut dalam tepung.

dan bilamana saya rasa masalah itu sudah selesai,
ada pihak yang punya kepentingan,
ada pihak yang suka menangguk di air keruh,
buat onar,
putar belitkan cerita.

and people used my words against me,
tindakan saya semuanya salah,
kata-kata lembut dan diplomasi saya,
tiba-tiba 'bertukar' jadi herdikan dan caci-cerca.
Cubalah berfikir ikut waras akal,
dengan kebiadapan dan sikap baran,
masakan ada masalah yang boleh selesai?

Saya betul-betul kecewa, sedih,
Rasa tak cukup tanah nak betulkan keadaan, 
Nak jelaskan salah faham orang terhadap diri saya.

Alhamdulillah, saya cepat sedar,
untuk apa saya rusuh hati,
biar orang pandang kita keji, 
biarlah siapa sahaja nak reka cerita demi kepentingan diri,
saya rela nama dan diri saya terpalit cela di mata manusia, 
daripada cela di mata Sang Pencipta.
 
Saya tidak mahu ambil pusing lagi,
ikhtiar saya ternoktah di sini,
saya mahu kembali kepada kehidupan tenang saya,
langkah kita tidak sama, pemikiran juga berbeza,
dan saya juga tidak akan cuba bersihkan nama saya.

Terima kasih,
kalian sempat bekalkan saya pengajaran bernilai tentang hidup.
Tetapi ingatlah,
kalau hari ini kalian bisa menari,
dengan gah, bongkak, menindas orang,
memfitnah insan lain,
hari esok, 
mungkin ada langkah yang sumbang,
ada kaki yang tersadung.
dan bila sudah tersungkur,...
Ingat satu perkara,..Tuhan kita tetap sama. 
Allah yang Satu.



Pssst! Of course, coretan ini tidak ditujukan sama sekali buat rakan-rakan blogger saya heheheh


Tempe Masak Sambal Kicap Mudah

Tempe memang kegemaran saya. Hari ni nak kongsi satu resepi hidangan tempe mudah. Sedap makan dengan nasi panas atau ratah begitu sahaja. Tetapi, yang ini resepi campak-campak dan agak-agak tau! Tiada sukatan khusus. Ikut apa ada. Ikut citarasa kita.

Tempe Masak Sambal Kicap
Cara-cara Penyediaan:
  1. Tempe dihiris nipis. Gaulkan dengan sedikit serbuk kunyit dan garam kemudian digoreng sehingga garing. Ketepikan.
  2. Kisar bawang besar, beberapa ulas bawang putih, beberapa tangkai cili hijau dan sedikit cili padi (jika mahu pedas).
  3. Panaskan kuali. Masukkan sedikit minyak masak. Tumis bahan kisar buat seketika hingga sambalnya masak. 
  4. Masukkan beberapa sudu kicap. Bukan kicap pekat tau. Saya guna kicap lemak. Perasakan dengan garam. Bila rasa sambal dah OK dan kena dengan citarasa, masukkan tempe goreng. Gaul hingga sekata. Sedia untuk dihidang!
 

Selasa, Mei 19, 2015

Tutorial Kraf Kertas - Cara Tajamkan Mata Craft Punch

Baru-baru ini semasa sibuk menyiapkan tempahan kad hari ibu dan hari guru, saya perasan yang salah satu daripada craft punches saya dah tumpul matanya. Hasil tebukan jadi tak precise. Frust tengok!

Nampak tak? Bersisa-sisa kesan potongannya.

French Toast Coklat

Sarapan ringkas untuk hari ni. French toast coklat. Konon-konon teringin nak makan something savoury  sweet.

French Toast Coklat

Mudah je nak menyediakannya. Buat bater telur seperti biasa, masukkan sedikit susu, perasakan dengan garam dan sedikit serbuk kayu manis. Kemudian masukkan beberapa sudu besar serbuk malt coklat seperti Milo, Vico atau Ovaltine. Kacau hingga sebati.

Panaskan frying pan. Letak sedikit mentega atau minyak canola. Celupkan roti hingga semua bahagian tersadur. Masak buat seketika hingga warnanya bertukar kecoklatan. Jangan bimbang. Yang coklat kehitaman tu serbuk malt coklat.

Rasa-rasa dah masak, angkat dan taburkan dengan sedikit gula perang atau sirap mapel sebelum dihidangkan. Yummmm yummmmm!