Khamis, Jun 11, 2015

Kuih Tepung Bunga

Pertama kali makan dan buat kuih tradisional dari pantai timur ni. A few weeks ago tengok rancangan Lesung Pipit, nampak resepi ni as pencuci mulut. Terus berkenan nak buat! Mudah je. 


Resepi Mudah - Kuih Tepung Bunga

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 200 - 250 g tepung pulut
  • 1/2 cawan santan
  • Air secukupnya
  • 2 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • Gula untuk ditabur pada kuih sebelum dihidang
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng

Langkah-langkah penyediaan:
  1. Bancuh tepung dengan santan dan sedikit air sehingga membentuk doh yang tidak melekat. Kalau nak lebih lemak, boleh gunakan lebih santan. Saya guna santan kotak jenama Ayam Brand yang Fat Trimmed. Jangan risau, rasa lemak santan tetap ada  cuma kandungan lemaknya rendah berbanding santan kotak yang lain.
  2. Bentukkan doh menjadi bebola kecil. Kemudian, tekan sedikit di bahagian tengah untuk leperkan doh.
  3. Panaskan minyak. Pecahkan telur dan pukul sedikit. 
  4. Celupkan doh ke dalam telur dan goreng hingga warnanya bertukar keperangan.
  5. Setelah diangkat dan ditus minyaknya, taburkan sedikit gula di atas kuih. Saya gunakan gula tebu Mildura (boleh baca di sini.) Jika ingin lebih enak, guna gula perang pun boleh.
Kuih Tepung Bunga

Sedappppppp sangat! Memandangkan kuih ini dibuat daripada tepung pulut, teksturnya seperti kuih onde-onde. Lapisan luar ala-ala crispy sebab disalut dengan telur, bahagian dalamnya lembut. Then, manisnya just nice. Kita sendiri boleh kawal jumlah gula yang kita nak letak. Jangan banyak sangat ye. Kita bukan nak salut donut. Letak seadanya. Biar rasa manis manja-manja gitu.

Selamat Mencuba! Boleh masuk dalam menu berbuka puasa :)


Selasa, Jun 09, 2015

Adinda-adindaku Rancak Berseloka

Ingat lagi entri Seloka Tetamu Hebat Mei saya? Jemput baca di sini. Niat di hati sekadar nak tujukan penghargaan kepada rakan-rakan dan adik-adik yang rajin datang ke mari, beri komen, beri pendapat. Tak sangka pula dapat seloka balasan!

Cik Mimie Pandai Berseloka.

Balasan seloka daripada Cik Mimie buat saya tersenyum lebar.

Pekasam Kegemaran Ku

Saya memang suka sangat makan ikan pekasam. Tetapi dekat area rumah saya ni susah nak cari. Kalau ada pun harga yang penjual letak terlalulah mahal beyond munasabah! Boleh putus selera dibuatnya. 

Jadi, kalau saya ada urusan di Taman Ehsan atau Kepong, saya memang akan pergi cari ikan pekasam. Dekat pasar basah Taman Ehsan, ada gerai-gerai makan. Tauke ikan pekasam ni letak produknya kat sana.

Pekasam Hulu Perak
Satu pek ni cuma RM6. Dulu RM5. Tetapi tetap berbaloi sebab ikannya besar-besar dan beras banyak. Borong empat pek terus! Cukup untuk stok sampai hujung tahun. Selalunya kalau ikan pekasam, saya goreng sampai garing dan makan dengan bawang dan cili api. Best! Awas, jangan makan banyak-banyak! Masin. Sekadar untuk jentik lidah je...buat tambah selera :)

Pekasam Goreng Cili Api

Psst! Ada sesetengah orang tak makan pekasam. Tak tahan dengan baunya. Hihihi memang kalau goreng pekasam, tak boleh sorok! Bau semerbak satu rumah!


Isnin, Jun 08, 2015

Projek Buat Instant Shawl (Bahagian 2)

Entri susulan kepada Projek Buat Instant Shawl.
Alhamdulillah, percubaan pertama buat 'shawl segera' menjadi!!!

Setelah belek, belek dan belek lagi instant shawl yang saya beli, inilah lakaran kasar cara mudah untuk jahit shawl kita. Oh, maafkan lakaran tangan kejung saya! Bagi yang pertama kali cuba, disarankan untuk pakai shawl di atas kepala (jangan main redah jahit je!) dan pinkan. So, apabila shawl siap nanti akan mengikut kesesuaian wajah dan keselesaan kita.

'Orang malas' macam saya jahit di tempat-tempat tertentu je.