Ahad, September 06, 2015

Dapat Sijil Cantik Lagi!

Bulan ni dapat sijil cantik hasil kreativiti Cik Mimie lagi. Saya jadi salah seorang pengomen tegar untuk bulan Ogos. Bersesuaian dengan bulan kemerdekaan, sijil penghargaan Cik Mimie ada elemen jiwa patriotik gitu :)

Certificate of Awesomeness

Terima kasih banyak-banyak ye, Cik Mimie. Terima kasih sehati sejiwa! Cik Mimie pun merupakan salah seorang tetamu hebat saya untuk bulan Ogos. (Entri - Tetamu Hebat Ogos)

Nak tengok sijil-sijil cantik Cik Mimie yang lain? Sila terjah sini.
Takpun, kalau nak tahu cerita sebenar Cik Mimie dan spoonerismnya, (antara entri yang selalu muncul dekat stats) boleh intai sini.




Khamis, September 03, 2015

Resepi Mudah - Popia Pisang

Resepi yang mudah dan lazat untuk minum petang :)

Jom kita tengok bahan-bahan untuk Resepi Popia Pisang.


Bahan-bahan:
  • Kulit popia secukupnya
  • Beberapa biji pisang, bergantung kepada jenis dan saiz pisang. (Belah agak-agak mengikut saiz popia yang dikehendaki) Saya guna 6 - 8 biji pisang emas, dibelah kepada 4 bahagian.
  • Lebih kurang 2 cm halia (parut untuk dapatkan airnya)
  • Satu sudu kecil gula perang. Saya hanya guna gula tebu.
  • Satu sudu besar madu.
  • Minyak masak untuk menggoreng
  • Sedikit air untuk gamkan kulit popia.

Rabu, September 02, 2015

Tetamu Hebat Ogos FAMF Tower

Assalamu'alaikum, Happy Wednesday! Dengan penuh takzim, inilah tetamu-tetamu hebat tower saya untuk bulan Ogos! Jangan marah ye kalau entri sebelum ini saya 'dera' kalian, tunggu 'loading' tak habis-habis. Itu teaser konon-kononnya ;)