Khamis, Julai 14, 2016

Set Stensil POPULAR

Assalamu'alaikum. Kembali ke tower setelah lama cuti-cuti raya. First and foremost, terima kasih atas kunjungan tidak putus kalian. Insya-Allah, nanti ada rezeki saya balas kunjungan ye :)

Hari ni entri mengenai material kraf - set stensil. Set stensil adalah antara peralatan ringkas yang boleh bantu kita buat projek kraf. Set stensil di bawah ini keluaran POPULAR. Ada 6 designs. Tak silap saya harganya RM10.90 atau RM12.90. Tetapi, semasa saya beli ada promosi untuk range produk kraf keluaran POPULAR. So, I got 30% discount :)

Isnin, Julai 04, 2016

Kad Raya 1437 - Sis Deanna Morni

Satu lagi kad raya yang bikin saya senyum lebar hingga ke telinga. Empunya diri sibuk outstation sana-sini atas urusan kerja hingga dah jarang dengar khabar berita daripadanya. Rindunya pada Sis Deanna Morni! Dah lama benar tak tengok Sis D aktif beraksi menulis entri di blog. Sekurang-kurangnya, apabila terima kiriman kad daripada Sis D ni, terubat jugalah rindu :)

Kad Raya daripada Sis D

Terima kasih banyak-banyak, Sis D. 
Semoga dalam kesibukan tugas harian, Sis D masih lagi dapat menikmati keindahan, kemeriahan Ramadhan dan Syawal. Selamat pulang bergembira di kampung ye! Jaga diri baik-baik! Mmmuahhhhhh!

Ahad, Julai 03, 2016

Kad Raya 1437 - SS | HH

Bertambah gumbira saya apabila menerima kad daripada dua sahabat baik ini. Satu keping daripada SS dan satu lagi daripada HH. Bagi yang kenal mereka pasti dah terbiasa dengan kisah kembara SS dan HH yang penuh adventure, penuh suka duka dan drama (Tang drama tu yang mahal!). Di bawah ini kad yang dikirim oleh mereka.

Kad berwarna biru daripada si pencinta biru, SS. Tengok printed address je dah dapat agak daripada siapa. Aci a.k.a Wa Ah Kak dari Johor yang hantar :)