Khamis, Februari 07, 2019

Stainless Steel Straw

Ini kisah penghujung tahun lepas tidak silap saya. Tetapi, nak cerita juga di sini sebab sekarang ini kita dah tak boleh guna straw plastik. Bagi yang biasa minum guna straw atau yang memang sukar minum tanpa straw (sebab nanti rasa ngilu ke tak selesa ke) ini alternatif untuk kalian - stainless steel straw.



Set straw stainless steel ini saya belikan untuk Cekengah semasa sale 12.12 Lazada tahun lalu. Asalnya, Cekengah bawa saya bersarapan di Common Man Coffee Roasters, TTDI. Kebetulan, air yang dipesan Cekengah tak ada straw. Bila kami minta, dapat pula straw stainless steel. Punyalah Cekengah excited. Saya pula jenis tak kisah sangat ada straw atau tidak. Lagipun, selalu jika makan di luar, saya akan pesan air panas atau minum air putih yang dibawa dari rumah sahaja.

Rabu, Januari 30, 2019

Kad Ucapan Tema Rama-rama | Butterfly

Sebelum ini saya ada buat entri tentang sebahagian daripada kad yang saya hasilkan bertema Hot Air Balloon. Kali ini, saya nak tunjuk kad-kad dengan tema butterfly pula. Hiasan dan tema butterfly sesuai untuk buat kad hari lahir, kad good luck, kad terima kasih dan macam-macam lagi. Boleh buat kad untuk kanak-kanak (something playful and fun), boleh juga untuk orang dewasa tetapi rekaannya kena lebih sweet and elegant.


A 'Just Because' Card

Kad di bawah ini bukan final look. Gambar diambil ketika baru separa siap. This is a 'Just Because' card. Gabungan tiga warna; hitam, emas dan putih.


Tiga ekor butterfly tu die-cuts. Saya potong menggunakan die butterfly kegemaran saya yang dibeli melalui Lazada tahun lepas. Baca mengenainya di sini. Bahagian tengah bukaan kad pula (jalur hitam tempat saya tampal butterfly) dikemaskan dengan decorative border punch

Jika tiada border punch, boleh juga guna gunting kraf bercorak. Mana nak dapat? Mr. DIY, DAISO, POPULAR dan kedai alat tulis kebanyakannya ada. Cuma julat harga dan jenis gunting yang berbeza-beza. Kemasan akhir buat kad di atas, saya tampal dengan tulisan sentimen 'Just Because' berwarna emas di bahagian bawah kanan kad.