Sabtu, Mei 29, 2021

Tangkap 20 Juta Pageviews Amie's Little Kitchen

Assalamualaikum. Selamat berhujung minggu.

Saya ingin kongsi kegembiraan saya dapat 'duit raya' ni. Kisahnya, pada petang Rabu (Hari Wesak) saya cuba luangkan masa untuk blogwalking. Masuk blog Kak Amie (Amie's Little Kitchen) dan antara entri terkini Kak Amie ialah Jom Tangkap Pageviews ke 20 00 000. Menarik ni! Kebetulan, ketika itu paparan pageviews memang dah hampir sangat ke angka 20 juta. Adalah tinggal 1 k sahaja lagi.

Saya pun terujalah hendak 'memukat' paparan pageviews 20 juta tu. Selama ini, biasa baca blogger NA yang bernasib baik dapat capture nombor cantik di blog yang anjurkan cabaran sama. Sempat lagi cerita dekat Bott 'misi' saya kendatipun kebarangkalian untuk berjaya sangat tipis. Kami berdua sempat gelak besar lagi sebab rekod saya dalam bab-bab cuba nasib, cabutan bertuah atau apa-apa yang seangkatan dengannya memang jarang bertuah.

Baru hendak baca entri Kak Amie yang lain, Cekebon telefon. Sambung sesi borak kami yang tertangguh tadi dalam kurang lebih dua puluh minit. Selesai berbual dengan Cekebon, sempat saya tekan butang refresh sebelum saya terlelap. Hahaha! Dalam entri saya pergi klinik semalam, saya ada cerita saya dapat ubat baharu, kan? Uishhh! Memang ubat tu bukan calang-calang kesan mengantuknya pada saya. Pantang lepa je saya Zzz Zzz Zzz. Tak mampu buat apa dah! 😅

Jumaat, Mei 28, 2021

Sepetang di Klinik Kesihatan Sungai Buloh

Assalamualaikum. Selamat Hari Jumaat.

Isnin lalu saya ke Klinik Kesihatan Sungai Buloh untuk dapatkan konsultasi doktor. Minggu sebelumnya semasa saya periksa rekod aktiviti fizikal dan kecergasan saya melalui aplikasi Garmin, saya perasan resting heart rate saya di bawah 60. Malah, pada hari Isnin dan Rabu, bacaannya jatuh hingga ke 50. Sebagai panduan, resting heart rate (bacaan degupan jantung ketika berehat/tidak melakukan apa-apa aktiviti) orang dewasa biasa yang normal ialah dalam julat 60 - 100 beats/minute.

Bacaan boleh jadi lebih rendah daripada 60 dan dianggap normal hanya bagi sesetengah individu seperti atlet. Dalam kes saya yang walau hidup di planet mana sekalipun tidak akan jadi atlet 🤣, perkara ni agak membimbangkanlah. Saya perasan juga ada ketika saya rasa dizzy tetapi saya ingat sebab cuaca panas.

Perhatian: Bacaan degupan jantung pada jam pintar atau fitness tracker hanya boleh dianggap sebagai bacaan kasar. Tidak konklusif untuk membuat sebarang diagnosis/ keputusan tentang tahap kesihatan individu. Dalam situasi saya, saya telah menggunakan Garmin saya lebih dari tiga tahun jadi sedikit sebanyak saya sudah arif dan faham cara device ini berfungsi.

Saya ini penghidap hipertiroid. Ada asma pula tu. Memandangkan tarikh pemeriksaan terdekat untuk tiroid dan asma saya awal bulan 7 nanti, saya rasa saya kena pergi ke klinik lebih awal untuk dapatkan pandangan doktor. 


Guna QueueMed untuk Tetapkan Temujanji di Klinik Kesihatan

Rabu, Mei 26, 2021

Spageti Kicap

Masuk setengah bulan Syawal ni, dah tak terfikir nak makan juadah atau menu raya. 😊 Jadi, untuk makan tengah hari semalam saya buat spageti kicap. Sebenarnya teringin hendak masak Hokkien Mee sebab dah lama tak makan. Tetapi, masa pergi beli barang dapur tempoh hari, lupa pula hendak beli mi Hokkien atau mi udon. Minyak bijan pun habis. Makanya, kita buat jelah spageti kicap 😁.


Resepi Spageti Kicap

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 250g spageti direbus dan ditus. Portion ni cukup untuk 2 - 3 orang makan sampai kenyang. 😄 Jangan lupa, asingkan satu cawan air rebusan spageti untuk dibuat kuah nanti. 
  • 1 ketul dada ayam dipotong kecil.
  • 2 - 3 biji tauhu dibelah lapan dan digoreng terlebih dahulu.
  • 1 biji tomato dibelah lapan
  • beberapa tangkai sawi
  • 5-6 ulas bawang putih dicincang
  • 2.5 cm halia dicincang atau diparut (Lebih kuranglah ya. Jika suka rasa halia yang ketara, dilebihkan, jika tak tahan halia, kurangkan)
  • 4 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap cair (kicap masin)
  • garam jika perlu
  • sedikit bancuhan air tepung jagung untuk memekatkan kuah 
  • sedikit minyak masak untuk menumis
  • garam (jika perlu)

Selasa, Mei 25, 2021

Buat Kolaj untuk Kulit Jurnal

Bersiaran dari bilik kraf. Hari ni saya on VERY SLOW mode.  Kepenatanlah konon-kononnya sebab semalam berjam-jam di luar, kena buat several tests masa jumpa doktor. Over, kan? 😂 Jadi, hari ini buat aktiviti manja-manja je di bilik kraf. Usik itu sikit, usik ini sikit. 

Projek yang ongoing sekarang - buat kolaj. Dah lama tak buat projek kraf.  Ada kelapangan masa tu, saya sibukkan diri potong-potong, koyak-koyak dan tampal kertas. 😄 Kali ini saya hasilkan kolaj untuk dijadikan kulit (cover) jurnal baharu. Disebabkan saya sudah serasi dengan junk journal, jadi kolaj saya kekal bertemakan vintage.

Untuk buat kulit jurnal ini saya gunakan bahan-bahan terbuang. Kotak cereal, kadbod, kertas tisu, kertas pembalut jambangan bunga, halaman buku dan kamus lama, setem dan beberapa material lain.