728 x 90
Assalamu'alaikum,

Currently away from my tower. Berehat daripada berblogging untuk sementara waktu. Entri-entri selepas ini sehingga hujung Mac, scheduled entry.

Insya-Allah, jumpa lagi nanti. Ada kesempatan saya balas komen dan blogwalking ye :)

20 Februari 2017

Selasa, 28 April 2015

Petua untuk Rawat Batuk dan Gatal Tekak

Jika sebelum ini saya ada bercerita tentang khasiat minyak kayu putih untuk kurangkan batuk berkahak (sila baca di sini), hari ni saya nak kongsi satu home remedy yang boleh dijadikan penawar untuk gatal tekak. Kadang-kadang, apabila kita batuk, tekak akan rasa gatal dan ganggu rutin harian. Nak tidur pun susah! Dengan batuk yang tanpa henti,... rasa gatal merenyam... akan buat kita rasa betul-betul tak selesa!

Cuba petua mudah ini. Ambil sebiji lemon, seketul halia dan madu. Sukatan halia, agak-agaklah biar lebih kurang dengan lemon. Hiris memanjang dua bahan tersebut. Masukkan ke dalam mangkuk. Tuangkan madu hingga cover hirisan-hirisan tadi. Jangan letak terlalu banyak. Gaul sekata. Simpan di dalam peti sejuk. Campuran madu akan menjadi cair sedikit disebabkan jus daripada lemon.

Campuran Madu

Apabila tekak rasa tidak selesa disebabkan batuk, bancuh campuran madu ini (satu sudu besar) dengan secawan air panas. Minum. Jika selalu batuk dan rasa gatal pada malam hari, sediakan minuman ini awal-awal dan letak di sisi katil. Setiap kali batuk, minum air campuran madu ini untuk basahkan tekak. Insya-Allah, rasa gatal akan berkurang dan hilang. Boleh sambung bobok.

Tetapi, jika batuk dan rasa gatal tekak masih berlanjutan, kenalah jumpa tuan doktor. Mungkin tekak kena infection dan perlukan antibiotik :)



51 ulasan:

  1. Nice sharing akak... lemon xada nak.cuba madu tu ada la tapi xsuka harap mkn pati delima jah ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmmm pati delima pun boleh kurangkan batuk :)

      Padam
    2. Ha ah boleh hilangkan batuk kena minum sokmo la... huhuhu...

      Padam
  2. thanks kak Farrah sudi share petua nih..

    BalasPadam
  3. ok yang ni, no chemical..sedap pun sedap..hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yesss, sedap memang sedappppp :)

      Padam
  4. tak yah susah2 cikgu... pegi cari ubat bernama 'difflam'... lengkap semua ramuan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cikgu ni ada penyakit lupa tak tentu pasal, SS. Difflam ni antara benda yg selalu/asyik/kerap lupa beli. Bila batuk macam nak terkeluar anak tekak, terpaksalah cari apa2 yg ada kat umah :)

      Padam
    2. garu guna garfu boleh tak?

      Padam
    3. ooo ada ubat nama 'difflam' ya SS..

      Padam
    4. first time dengar Difflam ni..

      Padam
    5. Lepas ni buat senarai barang nak beli, obat ni kena letak paling atas. Ada macam2 perasa kan SS?

      Padam
    6. @Sis JM - kalau nak garu guna garpu boleh je,..tapi kena ready nak pergi ER lah lepas tu huhuhu

      Padam
    7. Rupanya macam.ner tu SS nak try p cari

      Padam
    8. Rupanye? Dia tak ada muka! Kah Kah Kah...

      Padam
    9. Dah usha tadi mahal gak hahaha...

      Padam
    10. Difflam tu slalu xde stock

      Padam
  5. Balasan
    1. Madu sahaja pun boleh. Tapi akak suka gabung tiga2 coz dlm setiap satu ada kandungan yg boleh helps relief batuk kita :)

      Padam
  6. halia? halia? halia yg rasa macam..?
    lemon + madu je, boleh tak cik farrah?
    huhuhu.. halia is so not my taste..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak suka halia ye? Sebenarnya, rasa halia tak ketara sangat sebab rasa lemon & madu lagi kuat :)

      Padam
    2. sedap tuh halia.. kalau masak yang ada halia, suka makan sekali dengan nasi.. :D

      Padam
    3. Samalah kita, eyda. Akak pun suka lauk masak halia :)

      Padam
    4. ehhh tak sangka sama feveret kita makan halia..

      Padam
  7. campuran halia, lemon dan madu...kalau campur dengan madu tiga boleh tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. soalan mintak penapor ke apa ni JM..haha

      Padam
    2. ahahahaha...dah lamo x kena penampo nih..meh satu das!

      Padam
    3. Jay Emm nak sangat payung emas ni.. ehh! Payung tekois... He He He....

      Padam
    4. senang kan nak fayung emas...tafi x de yg sangguf...ishh habis lah JM kena bahan...cakab felat

      Padam
    5. Payung tekois ke payung pink?
      Apsal Sis JM pelat F hari ni? Why? Why?

      Padam
    6. huhuhuhu...keyboard notebook Asus rosak...huruf 'P' tak berfungsi...dah tak boleh update blog...nak tinggalkan komen kawan2 perlu elak guna huruf P sob sob sob

      Padam
    7. Buang je laa keyboard tu.... ehhhh! Notebook tu.. Keh Keh Keh..

      Padam
    8. samfai hati SS tau....hihihhi

      Padam
    9. Samfai???? Hahaha kak JM

      Padam
    10. Samfainya hati muuuuuu!

      Padam
    11. Samfai fun bolehhh...

      Ha ha ha

      Padam
  8. Batuk memang tak selesa..rasa sesak dada..dari ketiga2 ni madu I kurang suka sikit.. ntah kenapa.. pernah tak makan kicap ngan gula.. tak silap tu petua jgk kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kicap ngan gula bukan utk cicah ngan jambu ke? Hihihi kicap ngan limau akak pernah dengar,..tapi yg tu more untuk sakit tekak tak de suara :)

      Padam
  9. oh..bagusnya petua ni..boleh la wana share dengan mama wana sebab mama selalu batuk..tq kak farrah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmmm cubalah, Wana. Campuran ni boleh tahan lama disimpan dlm peti sejuk.

      Padam
  10. hari tu xde halia tapi madu ada.. mmg slalu amalkan makan madu sbb elok untuk org slalu semput kan.. mmg mak always make sure ada bekalan madu. tp CT liat nak makan lalalaa..

    BalasPadam
  11. xdpt nak bayangkan rasanya..hehe msti kua angin je kan? :)
    nice sharing kak.. nt cuba tuk try

    BalasPadam
  12. Petua yang berguna :) Cik mimie selalu batuk2.. boleh amalkan nanti :)

    BalasPadam
  13. memang berkesan akak tp nina kalau dh start batuk skrg minum air gamat.. huhu

    BalasPadam
  14. takut da amik nnt x tau nk stop hahaha

    BalasPadam
  15. Sy buat teh o panas with lemon...

    Madu diambil scr berasingan...

    Halia tak pernah cuba lagi

    BalasPadam
  16. Camna nk buat remedy buang angin dlm badan... tlg bg petua skit kak

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...