728 x 90
Assalamu'alaikum,

Currently away from my tower. Berehat daripada berblogging untuk sementara waktu. Entri-entri selepas ini sehingga hujung Mac, scheduled entry.

Insya-Allah, jumpa lagi nanti. Ada kesempatan saya balas komen dan blogwalking ye :)

20 Februari 2017

Jumaat, 16 Oktober 2015

Donut Malt Berkeju

Salam Jumaat!
Semalam semasa keluar membuat beberapa urusan, Bott terliur tengok donut di King's. Donut bersalut gula yang biasa kita makan tu. Cuma saiznya agak besar dan nampak fluffy. Bott teringin nak beli. Harganya sebiji RM2.10 ke RM2.20. Belum sempat Bott nak ambil dulang, butang alarm 'skinflint' kat dalam kepala saya dah bergema! Whattttt?! RM2 untuk donut biasa? Tambah sikit lagi duit, dah boleh dapat Big Apple atau JCo. Selalunya bab makan saya tak berkira sangat, tapi donut simple begini sampai dua ringgit lebih,...basic ingredientsnya murah je kot. 

Saya tanya Bott betul-betul teringin ke? Bott dah buat muka seposen. Kawan baik saya ni memang pantang nampak donut! Donut yang fancy-fancy macam Big Apple tu dia tak heran sangat. Donut simple bergula yang jadi pojaan hati. Itupun setiap kali makan, dia akan katuk-katuk, kikis-kikis gula kat donut. Tak suka manis sangat, gulanya biar sedang-sedang aja. Jadi, bayangkanlah betapa saya rasa macam tak berbaloi je beli donut-gula-bakal-dikikis dengan harga dua ringgit lebih sebiji.

"Tak pe. Esok saya buat sepuluh biji untuk awak! Lagi puas makan!" 

Dah berjanji, kenalah ditunaikan. Kawan tu pun, pagi tadi ambil breakfast, light je. "Nanti nak makan donut!" Nampak tak hint baik punya :)

Saya buat satu adunan sederhana besar. Buat tiga batches yang berbeza. Satu batch buat untuk Bott. Satu batch lagi digoreng sekejap untuk kekalkan bentuk, then kita freeze dalam peti sejuk. Satu lagi khas untuk saya yang penat menguli dan menerap donut - Donut Malt Berkeju

Donut Malt Berkeju

Tiada apa yang istimewa dengan donut malt berkeju ni. Guna je mana-mana resepi donut. Bulat-bulatkan. Masukkan sedikit keju keping Cheddar. Satu keping saya potong empat, jadi dapat untuk 4 biji donut. Bulat-bulatkan donut dan pastikan doh dah menyelaputi bahagian keju sepenuhnya. Selepas digoreng, golekkan atas campuran gula halus dan malt (Milo, Ovaltine, Horlicks, Vico,...terpulang ikut citarasa dan apa yang ada kat rumah la) Nisbah 1:1. Satu sudu gula bersamaan satu sudu malt. Sedap dimakan segera sebaik sahaja digoreng sebab keju masih cair. Nikmatnya apabila keju tu oozing keluar. Tapi hati-hati! Jangan sampai melecur pula.


Ini donut menunaikan hasrat tekak Bott.

Sepuluh biji seperti yang dijanjikan :)
Pssst! Kelas malam ni, makan donut dengan budak-budak :)


78 ulasan:

  1. wahh..sedap ni..ada cheese lg, then golek-golek atas milo, ummphh..bertambah-tambah kelazatannya..

    tea time!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang dap dap dap, Sis Nohas! Penuh mulut makan :)

      Padam
    2. amboi kak penuh mulut ya.... hihihihih

      Padam
    3. Hahahah penuh mulut. Tapi akak makan tutup mulut ;)

      Padam
  2. Tetiba rasa macam nak makan donut malt cheese tu. Ehem Kak Farrah, buat lah kan ;) Hahahah main je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihih nanti sementara nak hantar kpd Dylla donutnya dah abis kena kunyah!

      Padam
  3. wah special tuh donut malt berkeju tu..

    BalasPadam
  4. amboiiii....ni bukan bott jer yg teringin...sy pun nakkkkk....adehhh....meleleh lak air liur tgk gbr....hahhahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alololo amik tisu nih. Lap air liur tuh. Lain kali bila bersilat di dapur, bolehlah sis D cuba ye :)

      Padam
  5. bli donut kt warung tepi jln, sedap jugak 40sen.. saiz pun besar.. sedap..

    BalasPadam
  6. tempat macam tu yg mahal ialah jenama je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah,...donut biasa dia mark up sampai dua hengget! Tak munasabah langsung!

      Padam
    2. baik glazier kat JCO tu.. hahaha.. tak pun krispy creeeeme ehehe..

      Padam
    3. Mungkin tak munasarawak?

      ***larikkkk

      Padam
    4. @SYM - Itulah kan. Baik tentu beli donut macam tu,..puas hati!

      @nhhas - munasarawak ye,...munasarawak ye,...meh akak hambat dgn pemukul lalat!

      Padam
  7. Betul kak .kalau malas duit melayang kalo rajin jimat. Sekrg lg senang google je kluar resepi kn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betulll. Kena rajin & ada kesempatan utk buatlah. Kalau dah teringin tapi tak de masa, tak pun kemalasan menyerang,..kenalah cari donut lain. Donut gula dua hengget tak mo! :)

      Padam
  8. melting...

    telan air liur dibuatnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tunggu apa lagi,..hujunh minggu ni mendonutlah :)

      Padam
  9. Salam singgah sini farah....sedapnya donat...diana pun paling suka makan donat tapi tak berapa reti nak buat dia gebu..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Diana google je resepi donut gebu,..ada banyakkk. Cubalah yg mana berkenan di hati :)

      Padam
  10. Sejauh mana kita sanggup bersusah dan berjimat untuk kawan baik kita...

    Sis bott... kita jeles dengan awak sebab ada kawan baik macam kak farah....

    Hukhukhuk...
    #kita nangis d bucu katil

    BalasPadam
    Balasan
    1. alaaaa Kak Huda.. Kak Farrah dia syg kita gak.. tu dia banje gambar je.. ahaha..
      *jeling 360 degree*

      Padam
    2. Kahkahkah gelak akak baca komen bertingkah korang berdua. Huda, tak payah nak jeles nangis kat bucu katil bagai,..ni time akak baik hati dengan Bott. Time akak dera dan sakitkan hati dia akak tak citer ;)

      SYM - fuyoooo 360°! Baik2 copot kang biji mata tuh! :D

      Padam
    3. SS dah nak jilat skrin dah ni... Lanje gambo jek... Sedih...

      Padam
    4. jilat screen laju2 kanda2 ku.. haha

      Padam
  11. Owh sedap nya donut cheese melting tu... hwaaaaa.... titew nk jugew...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jauhla nak mengantar ke putrajaya tuh!

      Padam
  12. hai lah Bott...bertuahnya badan! hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan.. kalo kita ni.. redha sajalah beli yang rm2 tu..
      eh tak akan beli jugak.. makcik depan rumah jual 50sen je..

      Padam
    2. Alaa dapat donut je,...takdelah bertuah mana hihihi.
      Kebetulan ada aura rajin nak buat donut, bolehlah kan. Kalau M datang, rasanya akak akan beli gak, CT. Tapi yg pasti bukan donut dua hengget plus plus tuh!

      Padam
    3. Kk Farrah sebelah rumah ada kosong x, rasa macam nak sewalah kat sebelah rumah.. HAHAHAHA

      Padam
  13. nampak sedap tu.. bayangkan makan dan keju cair dalam mulut..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes,...bab keju cair di mulut, campur rasa malty2 sikit. Memang best, Aiza :)

      Padam
  14. whoaaaaaaaaaaa........heavenly taste nih..tanak kongsi resepi k?ahahahhahahahha..tapi,kalau akak bg resepi pon belum tentu saya buat menjaadi...ahahahhahahahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha tau tak pe. Kalau setakat Aiman nak makan tu, beli jelah donut2 sedap kat luar tu :)

      Padam
  15. Makan dengan minum air kopi atau milks tea sangat sedap dipetang hari ni Farah

    BalasPadam
  16. Donat!!! Mummy hantu donat..kalo g Big Apple selalu amik yg alien tu.. Yum Yummmmmmmm...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh yessss! Yang alien tu is one of my favourite too! Puas hati dapat makan sebijik, senyum sampai telinga :)

      Padam
  17. alololo Kakak Bott ni manje macam HH ngan SS je ehehhe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia manja time nampak donut he hahahaha

      Padam
    2. Nanti nak tunjuk entry ni kat HH laaaaaa.... Kah kah kah

      Padam
  18. kirim salam seround kat Kakak Bott ahaha.. nak request jugak boleh ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya Allah, nanti akak sampaikan. Dia tengah layan gegarvaganza hahaha.
      CT mau request apa? :)

      Padam
  19. Wowww... RM2 seketul... klau beli dekat van ikan yg dtg kat kampung rm1-3 ketul... hihihihihi...

    p/s: gebu donut akak.. comel je nampak... confirm best ni... yang cheese tu mmg terbaik... :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iye, Ikhwan. Lainlah kalau bercelup coklat ke,...ada tabur coklat cip ke...

      Padam
  20. Sedapnyaaaa.. ishh dahla tengah lapar ni... teringin nak makan Donut Malt tu, tak pernah lagi cuba try test

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti balik rumah bercuti, ena cuba ye. Kalau tak buat yg sumbat keju tu, donut biasa golek2 dgn malt pun sedappppp!

      Padam
  21. Farrah!!! Rajin nyer... tahniah...
    aida ni these few weeks off baking.
    lama x meroti.
    mlm concentrate revision dgn anak2 aje.

    BalasPadam
  22. ha'ah..betulah tu...RM2 leh dapat 5 biji kot...sebiji 40 sen orang jual untuk donut biasa tu rasanya lah kih kih kih ye ke?

    BalasPadam
  23. isshh...bagus tul dapat kawan cam dak Farrah ni...rajin tu masak utk kawan baik..itulah tanda sayang heeee

    BalasPadam
  24. ishh sedap plak bila cakap gigit donut tu kejut meleleh kluar ishh...kala lah sis JM ni Bott...untunglah badan hiksss

    BalasPadam
  25. nah!!! memang puas hati kan buat sendiri...puast hati Bott leh makan puas2 donut dari kawan baik dan kesayangan heeee

    BalasPadam
  26. ok. 10 biji hantar ke sini... ada alamat umah saya kan? hahaahhaa

    BalasPadam
  27. Diana dah cuba buat ni donat malt berkeju ni farah...sedap...huby Diana suka sangat....hihi

    BalasPadam
  28. Hubby ekin bab donut febret dia dah 4 kali buat donut boleh cuba letak keju pulak ni

    BalasPadam
  29. Bott punya style sama macam SS... Simple dan tak suka manis sangat...

    BalasPadam
  30. Kalu letak mozarella boleh tarik2 kot... He he he...

    BalasPadam
  31. Sayang betul Cikgu Ceketed dekat Bott... 10 bijik ok... Adussss.... Wardennnnn Jayyyyy Emmmmm... I nakkkkk donutttt pelisssss! He he he....

    BalasPadam
    Balasan
    1. sorry dear SS...Jayyy Emmmm x pandai masak

      Padam
  32. Sedapnya donut tu :) Cik Mimie lebih kurang Bott xsuka manis2 sgt... :)

    BalasPadam
  33. donut berkeju
    waahhh xpernah nampak pon..
    alaaa fluffy nye donut tu kak farrah
    tp kak farrah pon mcm ayu
    xberbaloi dgn hrga mmg ayu berkira sikit

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...